Baru sahaja Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sekali ini antara tugas pertama yang Ismail Sabri perlu lakukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tinggalkan Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.19 pagi tadi untuk lawatan kerja rasmi pertamanya ke Kedah. Terdahulu, Ismail Sabri tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra, di sini kira-kira pukul 8.23 pagi tadi bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.

Ketibaannya disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman. Beliau kemudian mengimbas kad perakam waktu kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum memasuki pejabatnya. Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira satu jam di Pejabat Perdana Menteri, pagi ini.

Sebaik disapa wartawan di luar bangunan, Ismail Sabri sempat menurunkan tingkap kenderaan dan memaklumkan akan ke Kedah selepas ditanya wartawan. “Ya, saya akan ke Kedah,” katanya sambil melambai tangan ke arah petugas media. Sumber -K! ONLINE

Ismail Sabri buat sidang media tergempar bersama ahli parlimen UMNO. Ini antara ahli yang terlibat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  menghadiri sidang media tergempar ahli Parlimen UMNO yang berlangsung di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pukul 11.30 pagi ini. Perkara itu dimaklumkan sumber kepada Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, tinjauan Utusan Malaysia di pekarangan bangunan itu mendapati dua kereta yang mempunyai tulisan Menteri dan Timbalan Menteri pada nombor plat pendaftaran. Perkara itu sekali gus menguatkan sidang media itu bakal disertai beberapa anggota Kabinet yang cenderung kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, satu jemputan berkenaan sidang media itu diedarkan oleh seorang pegawai menteri kepada media pada pagi tadi. Antara bakal menyertai sidang akhbar itu adalah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz serta beberapa wakil rakyat parti itu yang cenderung kepada Muhyiddin. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kepada ahli-ahli parti bahawa mereka yang terlibat dalam sidang media pada Jumaat adalah pemimpin yang setia pada parti.

Ismail Sabri ketuai 31 Ahli Parlimen UMNO, BN umum sokong PN

Seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), bagi mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong. Pendirian itu dinyatakan dalam satu sidang media yang dihadiri 21 Ahli Parlimen berkenaan, diketuai Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri bakal dikena tind4kan?

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal berdepan padah susulan tindakannya didakwa menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Timbalan Perdana Menteri itu pada awalnya bersetuju dan akur dengan keputusan parti untuk menarik semula sokongan daripada Perikatan Nasional (PN).

Video :

https://www.facebook.com/watch/?v=856554715291465

Bagaimanapun, pada akhirnya, Ismail Sabri dilihat lebih berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan berdiri bersama Perdana Menteri yang memberi perutusan khas mengenai kedudukannya dan kerajaan pimpinannya semalam.

“Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas beliau (Ismail Sabri) akan dibuat berpandukan Perlembagaan parti. Saya akan menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin parti untuk menilai keputusan dibuat Ismail ini,” katanya memetik laporan media tempatan hari ini.

Lembaga Disiplin UMNO diketuai Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Terdahulu, 11 ahli parlimen UMNO termasuk Ahmad Zahid mengumumkan menarik sokongan kepada Muhyiddin dan mendkwa kerajaan sudah tumbang akibat kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen. Namun pada perutusan khas Perdana Menteri, Muhyiddin menegaskan kerajaan PN dan kedudukan beliau masih kekal. Muhyiddin menyatakan kesediaannya berdepan usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat, September depan.

Negara berdepan gel0mbang ketiga C0VID-19, kemunculan varian baharu

Dalam pada itu Negara kini berdepan gel0mbang ketiga C0VID-19 dengan kemunculan varian baharu. Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Shafiq Abdullah berkata demikian pada sidang media secara maya pagi Jumaat.

Sidang itu turut disertai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) merangkap Komander Greater Klang Valley Special Task Force Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman. Dr Chong dalam taklimatnya berkata trend peningk4tan C0VID-19 kini adalah kes4n kumulatif daripada sesuatu yang berlaku sebulan lepas.

Kata Dr Chong, jangkitan utama di Lembah Klang disebabkan varian Delta dan usaha melandaikannya akan mengambil masa kerana kadar kebolehjangkitannya yang berbeza. Tambah Dr Chong, negara telah menjalankan 1,668 jujukan genome virus C0VID-19 hingga 22 Julai, kesan 409 jujukan jenis varian yang membimb4ngkan (VOC). Sumber : Trending Sangat

Baru je kecoh Muhyddin lantik Ismail Sabri sebagai timbalan perdana menteri. Sekali ini pulak yang berlaku pada Zahid Hamidi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan. Pelantikan ini dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

“Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri. Selain itu, Muhyiddin bersetuju Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

30 Ahli Parlimen Umno didakwa setuju Ahmad Zahid perlu letak jawatan

PELBAGAI desas-desus timbul mengenai landksap politik di negara ini. Terbaharu, seramai 30 Ahli Parlimen Umno didakwa bersetuju supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya sebagai Presiden Umno demi kebaikan parti tersebut.

Menurut laporan Astro Awani, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin berkata, keputusan itu telah disepakati dalam satu mesyuarat yang diadakan di Wisma Pahlawan baru-baru ini. Katanya, senarai itu melibatkan mereka yang berstatus menteri dan timbalan menteri.

“Ahmad Zahid mencadangkan Ahli Parlimen Umno, menteri, timbalan menteri letak jawatan dan tarik sokongan daripada kerajaan. Jadi kita berbincang bersama Ahli Parlimen UMNO, jika kita letak jawatan, parti untung ke? Ahmad Zahid letak jawatan, parti untung. Kalau kita letak jawatan, pertama sekali kita tiada peruntukan. Pegawai yang kita lantik berhenti kerja, kita kena menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai pembngk4ng. Umno tidak pernah menghadapi PRU sebagai pembangkang, tidak pernah, ” katanya pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, sekiranya Ahmad Zahid berjiwa besar melepaskan jawatannya itu, Umno berpotensi untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat pada PRU akan datang. Menurutnya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu mencontohi pemimpin parti terdahulu yang mengundurkan diri ekoran terlibat dengan kes rasuah di mahkamah.

“Kalau Ahmad Zahid letak jawatan, kita pasti ramai rakyat akan sokong Umno. Pemimpin Umno dahulu, siapa ada kes mahkamah, dia akan letak jawatan. Ini bagi memastikan kita mengemukakan pemimpin yang bersih dan dapat sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, mereka letak jawatan. Tiba-tiba Ahmad Zahid tak letak jawatan? Sudah tentu dalam pilihan raya tiada yang menyokong UMNO, kalau dia letak jawatan sudah tentu rakyat akan kembali sokong Umno, ” ujarnya.

Satu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno difahamkan akan diadakan secara maya pada malam ini di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur dipercayai antara lain bagi membuat keputusan sama ada parti itu akan keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya.

Ahli UMNO buat laporan polis terhadap Ahmad Zahid

Seorang ahli UMNO membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai terhadap presiden parti tersebut, yang didakwa terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan pada Rabu. Menurut ahli UMNO yang enggan dinamakan itu, dia membuat laporan tersebut selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pengakuan terhadap rakaman bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular, baru-baru ini.

“Laporan polis dibuat pada jam 11 pagi tadi (Rabu), mengenai pengakuan Presiden UMNO tentang suaranya yang tular serta pendedahan percakapan beliau bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Sumber : Trending sangat

Sebaik sahaja umum PKPD di beberapa mukim ini. Ismail Sabri tampil luahkan sampai buat ramai sayu.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memvtuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperket4tkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa l.okaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai hingga 16 Julai nanti. Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi dengan Selangor melaporkan purata kes harian C0v1d-19 antara 1,800 ke 1,900.

“Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes Kesemua daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan insiden kes C0v1d-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk. Data unjuran kadar nilai kebolehjangk1tan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, situasi tersebut adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih g4nas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India). Antara mukim yang terlibat adalah di Daerah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula kawasan yang terlibat termasuk, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju dan Flat Seksyen 1 Wangsa Maju.

Ismail Luah Rasa

Selepas beliau umumkan akan melaksanakan PKPD di beberapa kawasan Selangor dan Kuala Lumpur beliau telah memuat naik status di Facebook. Menurut kenyataan Ismail Sabri, PKPD ini terpaksa dilaksanakan demi keselamatan rakyat. Buat ketika ini nyaw4 rakyat paling diberi keutamaan berbanding dengan Ekonomi. Beliau turut memberitahu bahawa kilang kilang semua diarahkan tutup ketika waktu PKPD

“Sejauh mana pandangan, yang dekat di hati tetap lah semua rakyat Malaysia. Sepenting mana ekonomi negara, ny4wa dan keselamatan rakyat harus diutamakan. Kerana itu hari ini saya umumkan PKPD di sebahagian mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di WPKL. Dengan PKPD tersebut aktiviti ekonomi tidak dibenarkan termasuk penutupan kilang-kilang. Saya berdoa kepada Allah SWT agar kita dapat menurunkan kadar j4ngkitan ini dengan segera demi rakyat dan negara kita yang tercinta”.

Berikut reaksi dari warganet

“Rakyat terpaksa krban, kurung di rumah supaya kilang2 boleh terus beroperasi dan menyumbang kepada kes harian yg dijadikan alasan utk rakyat terus berkurung. Jelas sekali kumpulan mana yg menyumbang kpd kes tapi peliknya kumpulan inilah yg dibenarkan beroperasi. Dato Seri, pvnca utama kes banyak ialah kilang2 di selangor, tutup selama 14 hari semua kilang, memang akan kesan yg tervk dan merugikan sebab setiap masa 1 jam di kilang ada harga nya, semua itu duit tapi kita terpaksa krbankan utk tutup kilang supaya boleh sekat penvlaran jangk1tan, supaya semua sektor boleh kembali bekerja seperti biasa selepas 14 hari, jadi kerajaan tak perlu spend byk duit utk bantuan kpd rakyat, rakyat boleh bekerja seperti biasa. Tutup SEMUA kilang dato’. Tolong jangan buang masa dato’. Belajar dari negara² lain dato, camna depa buat bagi negara depa bersih cov1d.. ny4wa paling penting sekarang ni dato’. Asek ekonomi ekonomi ekonomi ja.. alang² susah, biaq kita semua sama2 sus4h. PKPD ke apa ke semua keputusan menggunakan rakyat demi utk melebihkan tokey2 besar. Padahal kamu tahu penyumbang punca mslh jangk1tan dari mana. Suka koranglh selagi berkuasa kt dunia ni. Terusknlh menjaga kepentingan diri klu rasa mlm dpt tidur lena”

Tidak Dibenarkan Keluar

Kerajaan tidak membenarkan pergerakan di luar kawasan kediaman selepas jam 8 malam membabitkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kecuali bagi k.es kec.emasan atau mendapat kebenaran polis.

Menteri Kanan (Kes.elamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pekerja selain perkhidmatan perlu juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD.

“Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja hanya bekerja dari rumah. Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang serta premis perniagaan yang dibenarkan saja boleh menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Insdustri (MITI) yang sudah dikeluarkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sumber:trendingsangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.