Tular gambar Tengku Hassanal menjadi tumpuan warganet. Gambar pertama itu comel sangat. Sekarang dah besar makin tampan.

Mendengar sahaja nama Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah pasti ramai yang mengingatinya sebagai seorang putera sultan yang disenangi ramai.

Manakan tidak, selain memiliki wajah yang tampan, Tengku Hassanal juga antara putera raja yang sering membantu rakyat bawahannya ketika berlaku benc4n4 alam. Di samping itu, Tengku Hassanal juga kelihatan sering terlibat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Selain itu, akaun Instagram rasmi milik Tengku Hassanal turut menjadi tumpuan. Apa sahaja yang dikongsikan oleh Tengku Hassanal semestinya mencur1 perhatian ramai. Selain memiliki wajah yang tampan, sikap keprihatinan dan berjiwa rakyat oleh Tungku Hassanal buat ramai yang kagum.

Meninjau di akaun instagram milik fanpage Tengku Hassanal, ada berkongsi dua keping gambar Tengku Hassanal ketika kecil. Difahamkan, gambar tersebut diambil ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan pada tahun 1997 dan 2001/2002.

Perkongsian gambar tersebut sekali lagi telah mendapat perhatian ramai. Ada yang menyatakan bahawa ketampanan Tengku Hassanal memang terserlah sejak kecil lagi. Alahai gambar pertama tu memang comel betul, ketika itu Tengku Hassanal baru berusia 2 tahun.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memuji wajah comel Tengku Hassanal ketika kecil. Antara komen-komen menarik adalah :

” Masyaallah Tabarakallah, dulu dan sekarang maintain comel, handsome, kacak tampan dan segak bergaya Tengku Hassanal ni.. “

” Kecik kecik lagi dah t0mei, bila meningkat remaja hencemnya. Putih gebu ger4m tengok gambar first tu.. “

” Wajah Yang Disenangi Rakyat Pahang, semoga Tengku Hassanal sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. “

 “Gambar pertama tu comel sangat, sekarang bila dah besar lagi handsome. Rasa nak pic1t-pic1t je pipi b4mb4m tu, haha.. “

” Wahhh comel betul Tuanku, rupa paras sejak kecil memang sejuk je mata yang memandang.. “

” Cutenya masa ni. Dah lah handsome, berjiwa rakyat pula tu Tengku Hassanal ni. Suka tengok gambar ni.. “

” Lagend, kecil-kecil Tengku dah berkhidmat dengan ATM, hehe. Ampun tuanku, patik hanya bergurau, tapi comel sungguh gambar tuanku ni.. “

Sebelum ini Tengku Hassanal pernah kongsikan gambar Hari pertama tuanku sewaktu di SK St Thomas di kuantan. Tengku Hassanal juga menceritakan bahawa di situlah tempat beliau belajar membaca, mengira dan belajar bahawa pencapaian datang dalam pelbagai bentuk malah sesiapa sahaja boleh berjaya, kata Tengku Hassanal.

Tengku Hassanal juga menasihati semua untuk jangan putus asa. Terus melangkah ke depan dan mengejar impian dan semangat yang baru.

Comel betul gambar Tengku Hassanal yang dikongsikan oleh fans page tersebut. Putih gebu betul Tengku Hassanal ketika kecil. Apa-apa pun, semoga Tengku Hassanal sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa diberikan kesihatan selalu.

Silakan SHARE…

Sumber : Berita Kopak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Teruja terima hadiah Pemaisuri Selangor. Sekali Fazura tampil kongsi berita gembira ini.

Aktres popular Fazura menzahirkan rasa teruja apabila menerima hadiah berupa beberapa keping syiling emas daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman. Berita gembira tersebut dikongsi pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 37, dalam InstaStory miliknya hari ini.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menunjukkan dia menerima hadiah daripada Tengku Permaisuri Norashikin iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku keagamaan. Dalam kad yang dikirim, tertulis ucapan terima kasih daripada Permasuri Selangor buat Fazura yang sentiasa menjadi individu yang baik kepada baginda.

“Kepada Fazura, terima kasih kerana selalu menjadi insan yang baik untuk saya,” tulis Permaisuri Norashikin. Mengagumi keperibadian baginda , Fazura menitipkan ucapan terima kasih buat atas beberapa hadiah yang dikirimkan kepadanya.

“Sangat merendah diri dan jelita. Ini antara sebab saya mengagumi Tengku Permaisuri Norashikin. Menjunjung kasih Tuanku. Saya akan simpan kepingan syiling emas ini untuk Fatima. Masya-Allah dapat buku-buku yang sangat bermanfaat. Insya-Allah. Junjung kasih Tuanku buat kurniaan dan ingatan ini,” tulisnya.

Fazura bagaimanapun tidak mendedahkan alasan kiriman Permasuri Selangor buat dirinya. Terdahulu, pelakon Remy Ishak dan isteri juga pernah menarik tumpuan ramai apabila menerima bungkusan hadiah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai hadiah perkahwinannya pada 21 Ogos lalu. Sumber – K! ONLINE

Fazura rayu individu ini bertaubat. Siap dedahkan perbuatan individu ini dan minta untuk pulangkan wang pelanggan.

Selepas beberapa hari meraih kejayaan luar biasa dengan mencatat jumlah jualan sebanyak RM2.16 juta untuk tudung keluarannya, Tudung Fazura, ada pihak sudah cuba mengambil kesempatan menipu orang lain. Perkara tersebut didedahkan Fazura, 38, menerusi perkongsian dalam InstaStorynya beberapa jam lalu dengan memuat naik bukti perbuatan jahat penipu berkenaan. Kata pelakon filem Dendam Ponti4nak itu, penipu itu sebenarnya sudah melakukan perbuatan jahatnya sejak beberapa bulan lalu, namun semakin mengganas sejak akhir-akhir ini.

“Dia dah ambil banyak duit orang. Dia gunakan bahan macam katalog untuk menipu dan ramai yang terpedaya. Caranya, dia pujuk pelanggan dengan mengatakan stok masih ada walaupun sebenarnya koleksi yang didakwanya itu sudah lama kehabisan stok. Kemudian dia minta pembeli membayar dengan cara transaksi sebelum menyekat nombor semua pelanggan yang selesai membuat bayaran,” dedahnya. Ternyata kecewa dengan tindakan tidak bermoral wanita itu, Fazura sempat meminta pelaku supaya bertaubat dan memulangkan kembali semua wang pembeli yang ditipunya.

“Saya tak tahulah apa awak rasa bila menipu orang. Siap ada gambar konon sedang membungkus parcel. Sedangkan orang mengharapkan untuk dapat tudung itu dan pakai. Duit semua orang tu, ingat percuma ke. Semua orang bekerja untuk dapatkan duit. Ada yang nak beli tudung ni, semua tak dapat. Waktu-waktu macam inilah awak nak buat kerja sebegini kan. Taubatlah, tolonglah. Kalau ada rasa bersalah dalam hati awak, tolonglah bertaubat. Pulangkan semula duit pelanggan dan ejen-ejen saya,” katanya lagi.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut menunjukkan wajah si pelaku, namun tidak dapat dipastikan sama ada foto tersebut adalah wajah sebenarnya ataupun dia menggunakan gambar orang lain untuk mengaburi mata semua orang.

Beberapa hari lalu, Fazura terharu apabila orang ramai memberikan sokongan terhadap tudung keluarannya sehingga berjaya terjual sebanyak 80,000 helai dalam tempoh dua jam. Pencapaian tersebut sekali gus membantu mereka yang terkesan akibat pandemik C0vd19 seperti golongan wanita, ibu dan ibu tunggal yang kehilangan mata pencarian. Ibu kepada Nur Fatima Aisya itu menarik perhatian ramai apabila menjual tudung serendah RM27 sehelai dengan niat membantu orang ramai yang terkesan kerana pandemik.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.