Tular kekecohan warga asing kumpul untuk dapatkan vksin. Namun ini penjelasan dari pihak berkuasa.

Kekecohan dan tindakan warga asing berkumpul beramai-ramai di Rumah Prihatin @ Grand Season hari ini untuk mendapatkan sntikan vksin berlaku disebabkan kerana salah faham. Rumah Prihatin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak menyediakan perkhidmatan daftar terus (walk-in) vksin untuk bukan warganegara kerana ia telah dilaksanakan di Pusat Pemberian Vksin (PPV) Bukit Jalil. Susulan itu katanya, berlaku ‘rush crowd’ luar biasa di luar jangkaan pihak pengurusan dan penguat kuasa.

“Di peringkat awal, pihak Rumah Prihatin mengambil tindakan bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuraikan keadaan. Namun warga asing tersebut tetap tidak mahu bersurai, walaupun telah diberikan arahan dan amaran. Keadaan kembali diperbetulkan dengan bantuan PDRM dan DBKL,” katanya hari ini.

Menurutnya lagi, program vaksinasi berkenaan diuruskan oleh Rumah Prihatin di bawah Program Vaksinasi MyMedik@Wilayah dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain. Justeru, pihaknya kesal dengan apa yang terjadi dan akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP), dengan bantuan pihak berkuasa bagi memastikan kejadian ini tidak berulang lagi.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang penularan satu video memaparkan ratusan warga asing berpusu-pusu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk in’ di ibu negara dan didakwa gagal mematuhi SOP ditetapkan. Lebih menakutkan, kumpulan warga asing itu bukan sahaja dilihat gagal menjaga penjarakan sosial ditetapkan, malah ada di antara mereka dilihat seakan-akan ‘berpeluk’ berikutan berada terlalu dekat. Sumber – K! ONLINE

 

Tular keadaan PPV Walk In di Thailand semata mata demi vaksin. Sekali ini respon warganet nak tunggu 1 Ogos ini.

Disebabkan peningkatan jumlah jangkitan wabak COVID 19 lebih daripada 10,000 kes dalam masa seminggu di Thailand, rakyatnya kini sedang dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan vaksin wabak berkenaan. Menerusi sebuah video yang viral di Twitter, ratusan orang awam dilihat berpusu-pusu memasuki pusat pemberian vaksin secara walk-in yang diadakan di salah satu wilayah di negara tersebut.

Bang Sue Vaccination Centre di Wilayah Chatucak, Bangkok ini seharian dipenuhi orang ramai selepas penduduk mengambil kesempatan untuk travel ke ibu negara bersempena cuti umum demi mendapatkan vaksin. Pada asalnya, pusat pemberian vaksin ni katanya untuk walk in warga emas dan penduduk daerah lain yang dah pre-booked sebelum ni. Tapi tiba-tiba pusat ni jadi penuh sebab ramai penduduk dari daerah lain datang ke Bangkok semata-mata nak dapatkan vaksin.

Video :

https://twitter.com/i/status/1419868006331547656

“Berdiri 5 minit pun dah berisiko, inikan pula berdiri untuk 1-2-3 jam” . Malah salah seorang warganet di Thailand juga telah meluahkan rasa kekecewaannya kerana terpaksa menanti berjam-jam lamanya demi mendapatkan vaksin. Situasi itu juga katanya berbahaya kerana ramai yang berdiri berhimpit secara dekat dan dibimbangkan bakal menyebarkan wabak COVID 19.

Berdiri selama 5 minit pun dah berisiko. Inikan pula terpaksa berdiri selama lebih 1-2-3 jam lamanya, dan dalam tidak jelas situasinya,” kata tweet tersebut. Menurut laporan, ada di antara yang hadir siap merayu lagi demi ingin mendapatkan vaksin.

“Harap pemberian secara walk in nanti tak jadi macam ni” 

Video yang viral ini telah mendapat respon warganet di Malaysia yang bimbang pada 1 Ogos nanti situasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan dipenuhi orang ramai kerana diadakan secara walk in.  Ramai yang berharap kerajaan dan pengurusan di PPV bijak dalam mengawal crowd agar situasi tidak berubah menjadi apa yang berlaku di Thailand. Takutnya tengok orang ramai-ramai macam tu. Harap di Malaysia terkawallah situasi.

Sumber : Lobak Merah

Terkini ppv idcc Shah Alam diarahkan tutup hari ni lepas ada petugas yang positif covid 19. Rupanya ini punca buat orang ramai tak senang duduk.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada Selasa, 13 Julai 2021. Ia dimaklumkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam sebuah kenyataan rasmi ekoran kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas di PPV berkenaan.