Kini tular ada pula rakaman bertajuk Malaysian Doctors on Strike. Sekali ini tindakan polis terhadap penularan tersebut.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka siasatan berhubung penularan klip video bertajuk ‘Malaysian Doctors on Strike/mogok? 1st-12th July 2021 Code Black’ yang mempertikaikan skim pelantikan doktor secara kontrak dalam sektor perkhidmatan awam. Pengarah Jabatan Siasatan Jny4h Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan dibuat selepas satu laporan polis berhubung penularan klip video itu diterima pihaknya.

“Klip video berdurasi 6 minit 49 saat itu memaparkan rakaman ucapan seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Dr. Han atau Gigi Han Yang yang mempertikaikan skim lantikan tersebut dan menyeru orang ramai agar turut mengambil bahagian. Mereka yang ingin mengambil bahagian dalam mogok tersebut diseru agar menukar gambar profil media sosial dengan warna hitam atau monokrom mulai 1 Julai hingga 12 Julai lalu dan menggunakan tanda pagar #SaveMYcontractHCW #CodeBlackMY dan #BlackMondayMY pada 12 Julai lalu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd. Jalil, tindakan tersebut dinamakan sebagai ‘Code Black’ yang membawa maksud keadaan darurat di hospital akibat ancm4n kepada petugas atau ancm4n bom di hospital dan bertujuan memberikan sokongan kepada pegawai perubatan berstatus kontrak yang menuntut untuk diberi keistimewaan sebagaimana mereka yang berstatus tetap.

“Individu tersebut juga mendkwa sistem yang diamalkan oleh kerajaan boleh menjejaskan kehidupan semua rakyat Malaysia dan juga perkhidmatan kesihatan selama enam dekad sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(c) Kanvn Kesks44n (Akta 574) kerana dengan niat hendak mengapikan mana-mana golongan dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) kerana menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar,” jelas beliau.

Tambah Abd. Jalil, kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. “Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Ng Guan Seng di talian 03-8886 2222 atau Pusat Kawalan Daerah Putrajaya di talian 03-8886 2145. Terdahulu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Prof Datuk Dr. M. Subramaniam semalam memaklumkan bahawa beberapa orang doktor yang menyatakan sokongan pada kempen Code Black telah disiasat oleh pihak polis. “Kami merasakan bahawa siasatan itu adalah tidak perlu dan berbentuk gangguan kepada kempen soladiriti yang dijalankan.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sampai ada yang tergolek pekerja kilang cuba larikan diri dan ada warganet dkwa sebab kena serbu polis. Sekali polis tampil dedah perkara yang sebenar.

Video tular mendkwa sekumpulan pekerja sebuah kilang di Seksyen 22 yang melarikan diri daripada serbuan tidak benar sebaliknya situasi berkenaan berlaku disebabkan pekerja terbabit panik akibat bunyi siren yang berpanjangan di kilang tersebut pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya mengesahkan kejadian dipercayai berlaku antara jam 4.30 hingga 5 petang itu bukan kerana operasi atau serbuan pihak penguatkuasa.

“Siasatan awal dijalankan mendapati berlaku kegagalan fungsi ‘alarm’ kebakaran, dan difahamkan pihak syarikat dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian, bunyi ‘alarm’ menyebabkan ramai pekerja jadi panik dan lari keluar takut ada kebakaran. Kilang ini difahamkan baru sahaja diambil alih oleh sebuah syarikat, memandangkan syarikat ini masih baru iaitu lebih kurang sebulan ramai pekerja dan pengurusan belum di dedahkan dengan ilmu latihan kebakaran seperti tempat berhimpun dan ‘evacuatian plan’,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Pada Selasa, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan pekerja kilang memanjat pagar sebuah kilang. Rata-rata warganet mendkwa situasi tersebut berlaku disebabkan adanya serbuan pihak berkuasa di kilang terbabit.

KOMEN WARGANET:

“Ye2 je sebab siren.. Xkan la xde masing2 xtahu prosedur kebakaran mcmana terus lari keluar pagar lintas Jalan xtoleh kiri kanan” Karut sungguh la..malas nak komen banyak..korang tengok jela permainan kilang² besar ni..” Ahhaha….biar betul alarm kebakaran…jauh lari smpai balik umah walau xde api n asap….hmmm”

Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pihak polis tampil buka siasatan tentang Ahli Parlimen di Kedah yang boleh pula buat macam ni. Siap elok bincangkan program ini pula.

Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar seorang Ahli Parlimen bergelar Datuk di negeri ini yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya membuka siasatan berhubung kes itu mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.

“Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan dan kita akan panggil beberapa saksi bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Dalam gambar yang tular di media sosial, Ahli Parlimen terbabit yang juga bekas timbalan menteri dilihat duduk bersila di atas meja sambil minum teh serta bersembang bersama beberapa individu secara terbuka dalam satu program bantuan. Berikutan itu, orang ramai mempertikai tindakan Ahli Parlimen berkenaan sedangkan negeri itu masih berada dalam tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sumber : Metro online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebak bila bapa B40 menangis teresak esak di radio gara gara tak mampu nak bagi pendidikan terbaik untuk 5 orang anak.

“SAYA memang tak berkemampuan. Anak saya lima orang. Saya sedih sebab anak saya ketinggalan.” Demikian luah seorang bapa sambil menangis teresak-esak ketika berkongsi kesusahan hidupnya dengan stesen radio Suria.fm pada Isnin pagi.

Menerusi Segmen Team Pagi Suria yang dikendalikan deejay Issey Fazlisham dan Ajak Shiro, pemanggil lelaki yang dikenali sebagai Abang Hamdan itu meluahkan pandangannya mengenai topik ‘Murid Tak Join Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) boleh digntung sekolah’.

Dalam nada sebak, lelaki itu bercerita mengenai kesukaran yang dialami keluarganya sehingga dia sebagai ketua keluarga tidak mampu menyediakan keperluan bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk anak-anaknya ketika ini.

Menurut pemanggil tersebut, dia hanya merupakan seorang pekerja yang berpendapatan rendah, justeru adalah mustahil untuknya menyediakan keperluan seperti gajet untuk setiap anak-anaknya agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran apatah lagi mengajar mereka di rumah.

Ajak dan Issey turut tersntuh ketika mendengar kisah pemanggil berkenaan. “Saya bukan orang senang, saya orang susah… jadi keperluan untuk alam maya ni kurang… saya kerja biasa-biasa. Bukan kerja bagus, gaji mahal macam orang lain.

“Betullah apa orang (pemanggil) cakap yang pagi tadi tu, lain padang lain belalang… semua satu Malaysia tak sama. Ada yang berkemampuan, ada yang tak berkemampuan,” ujarnya. Lebih menyntuh hati, lelaki itu meluahkan betapa dia sedih dan terkilan kerana tidak mampu memberi yang terbaik untuk pendidikan anak-anaknya.

“Mereka nak belajar, saya nak tolong ajar saya tak pandai. Saya tak boleh pksa diaorang. Kita suruh diaorang belajar, tapi bila mereka tanya balik (berkaitan pelajaran), kita tak dapat jawab. “Saya pagi-pagi dah tak ada dekat rumah, keluar cari rezeki tapi anak tak sekolah. Saya sedih… saya tak boleh nak cakap apa lagi.

“Saya tak ada tempat nak bercerita. Saya harap orang atasan ni akan pandanglah golongan B40,” katanya sambil menang1s dalam perbualan tersebut. Kisah lelaki tersebut turut dikongsikan di akaun

Instagram Suria.fm serta tular di beberapa platform media sosial yang lain, sekali gus mengundang sebak warganetyang seakan-akan dapat menyelami situasi yang dihadapi lelaki berkenaan. Selain meluahkan rasa simpati, ada warganet yang menawarkan bantuan untuk mengajar secara sukarela kepada anak-anak lelaki tersebut.

Antara komen warganet yang turut tersentuh dengan kisah lelaki berkenaan. “Tolong bagi contact number pakcik ni. Saya tak dapat bantu dari segi kewangan. InsyaAllah saya boleh bantu anak-anak pakcik ni belajar.

“Betul… tak semua orang senang, kaya, duduk di bandar. Usahlah susahkan mak ayah yang kerja mencari rezeki untuk anak-anak. “Rakyat tengah susah, janganlah menyusahkan rakyat lagi,” demikian antara komen warganet.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.