Tular rakaman teman wanita yang terbang masuk dalam kereta. Sekali warganet puji kesungguhan Tiktoker ini.

Out of the box! Itulah antara komen yang diberikan warganet sebaik mereka melihat video yang dihasilkan seorang pengguna media sosial dari Indonesia ini. Menerusi perkongsian Alfy Saga di TikTok, dia telah memuat naik satu video yang memaparkan seorang lelaki sedang memandu kenderaan. Pada awalnya memang video ini nampak normal tapi korang tiba-tiba akan merasa pelik bila melihat susuk seorang wanita bertudung kuning terbang ke tingkap kereta dan cuba memasuki kenderaan tersebut.

Namun selepas berjaya memasuki kereta itu, video memaparkan situasi di belakang tabir ketika video tersebut dirakam. Kelihatan beberapa orang ‘krew’ sedang menggerakkan pokok, mengibas angin dan juga paling rare ialah bila korang nampak ada krew tengah ‘memancing’ kapal terbang! Sebelum nampak ‘behind the scene’ mesti korang ingat kapal terbang dengan pokok tu real kan. Haha!

Video :

https://www.tiktok.com/@alfyfatmasaga/video/6996993654493662465?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

“Dalam banyak-banyak yang ni paling rare”

Trend melakukan video dengan belakang tabir seperti ini sebenarnya dah viral pun dan ramai di kalangan TikTokers yang melakukannya. Namun boleh dikatakan video yang kali ini paling uniklah sebab ia di luar jangkaan warganet yang menontonnya.


Sumber: Lobak Merah

Pernah tular sebelum ini gadis masak mee buat bekas suami. Sekali tak sangka ibu muda tersebut disahkan telah tiada.

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok berkenaan seorang pengguna media sosial  dikenali sebagai @dayahhesw atau nama sebenarnya Hidayah Raiqah yang memasakan mee goreng buat bekas suaminya yang rindu air tangan wanita itu.

Perkongsian tersebut telah ditonton lebih daripada 100 ribu tontonan sejak ia dimuat naik ke aplikasi berkenaan pada awal Julai lalu. Posting terbabit juga mendapat maklum balas positif kerana walaupun masing-masing sudah berpisah, namun hubungan baik demi anak-anak yang sedang membesar masih lagi berjalan dengan baik.

Rakan2 zahirkan salam takziah

Namun begitu, menerusi perkhabaran yang diperoleh daripada rakan-rakan wanita tersebut di Facebook, mereka memaklumkan yang Hidayah telah pun telah tiada pada pagi 23 Julai 2021.

Sempat kongsi momen di dalam wad

Khabar allhyrham  sedang sakit dimuat naik sendiri olehnya di TikTok beberapa hari sebelum telah pergi buat selamanya setelah mengalami k0mplikas1 kesihatan yang serius.

Hidayah baru saja hembuskan nafas terakhir

Hidayah Raiqah yang juga merupakan ibu tunggal telah tinggalkan dua orang anak yang masih kecil. Kehilangannya di pagi Jumaat ini telah ditangisi rakan-rakan yang rapat dengannya dan berharap agar allhyrh4m ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Harap sama2 dapat sedekahkan Al-Fatihah

Semoga tenang di sana

Sumber: Oh My Media

Disebabkan bekas suami rindu nak makan air tangannya. Wanita ini sanggup tunaikan permintaan siap makan bersama anak anak.

Perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima dan dilalui, namun ianya bukan penamat segalanya kerana Tuhan yang menentukan jalan hidup seseorang. Biarpun telah berpisah, ramai yang masih berkawan dengan bekas pasangan mereka. Begitulah seperti yang dilalui oleh wanita ini.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok wanita itu berkongsi kisah yang mana dia masih berkawan dengan bekas suaminya. Difahamkan lagi, pada suatu hari bekas suaminya itu menghantar mesej teringin makan mee goreng air tangan wanita yang dikenali sebagai Dayah tersebut.

Bekas suami text, minta tolong masak

Malah apa yang lebih mengharukan adalah apabila dia juga sanggup membeli bahan-bahan sebagai persediaan untuk memasak mee goreng tersebut.

Rindu makan bersama anak2

Tanpa berfikir panjang, ibu kepada 2 anak itu pun menunaikan permintaan bekas suaminya yang pada masa sama ingin makan bersama anak-anak mereka. Di akhir video, kelihatan si bekas suami sedang makan mee goreng tersebut sambil melihat anak-anak mereka bermain kolam di hadapan rumah. Meninjau ke ruangan komen, tindakan wanita itu meraih pujian warganet kerana masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya demi anak-anak mereka.

Mungkin jodoh tak panjang tapi dia tetap ingat

Kongsi pengalaman

Tak semestinya dah berpisah kena bermasam muka macam tak kenal

Difahamkan lagi, mereka berdua mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 namun ditakdirkan berpisah tahun lalu. Kini, masing-masing telah membawa haluan berbeza dan hidup bahagia.

Sumber : Trending sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.