Tun Siti Hasmah tampil telefon Shuib untuk sampaikan ucapan takziah. Sekali ini pesanan dari Tun Siti Hasmah.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Dr. Siti Hasmah menghubungi Shuib yang baru sahaja kehilangan isterinya Allahyarhamah Siti Sarah bagi menyampaikan ucapan takziah. Menerusi laman sosial TikTok, rakaman berdurasi 26 saat itu dikongsi salah seorang kakitangan Tun, Adam Mukhriz.

“Saya nak ucapkan takziah, condolences ya. Kalau nak fikirkan apa Shuib, you take it this way. There’s no other way, the peaceful way Allah to take her…” kata Tun Siti Hasmah menerusi perbualan telefon bersama Shuib. @adam.mukhriz.Semoga @shuibsepahtu kuat hadapi dugaan.

Video :

https://vt.tiktok.com/ZGJU8AVDx/

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya tersentuh melihat ucapan takziah yang disampaikan daripada seorang tokoh yang sinonim dengan ciri-ciri keibuan. “@EraHalim:ya Allah hebatnye bidadari Shuib hingga Tun Siti Hasmah Telefon Shuib untuk mngucapkan takziah pada Shuib.” “@Haha:Pemergian Sarah menyentuh hati ramai.. Hebat amalan 4rwh semasa hidup.”
“@Yatt:Rezeki arwah jadi liputan dunia juga. Allahu .. seluruh alam menghormati arwah.. Alfatihah buat allahyarhamah Siti Sarah.” “@Anne_Sephia:Siti Sarah bukan siapa-siapa, dia hanya celebriti..tapi MasyaAllah..Allah meletakkan dia di Syurga..sampai semua orang merasakan kehilangan dia.” “@Qasrina Dayana Hana: Banyak orang sayang dia.. semua lapisan masyarakat.. sayu sebak bila tengok semua video Siti dengan Shuib.”

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 880,000 tontonan serta 91,000 tanda suka daripada warga TikTok. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin. Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertarung nyawa akibat COVD-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui operasi tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu. Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19. Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif. Sumber : Gempak

Pemergian Sarah buat ramai yang sebak. Najib luahkan sesuatu mengenai pemergian Siti Sarah.

Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertrng nywa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid-19 pergi menghadap illahi sebentar tadi. Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini. Rata warganet, rakan artis, dan public figure tampil mengucapkan takziah dan mendoakan Sarah.

Dr Hisham turut mengucapkan takziah kepada keluarga Shuib

Pemergian penyanyi Siti Sarah Raissudin selepas bertrng dengan COVID-19 turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam kemas kini di media sosial, berkongsi

ucapan takziah buat keluarga Sarah, serta mereka yang lain yang turut kehilangan anggota keluarga akibat wabak itu. Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin & kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terk0rban oleh covid19. Al-fatehah

Berikut pula antara perkongsian Najib

Innalillahiwainnailaihirojiun. Satu berita yang amat mengejutkan dan menyedihkan. Saya mengikuti semua berita Covid-19. Tidak saya sangka akan ke pengakhiran begini. Remuk hati saya membaca kisah-kisah pemergian ahli keluarga tercinta melalui posting-posting di media sosial.

Saya tidak dapat bayangkan apa yang saudara-saudari semua lalui. Seorang demi seorang buat panggilan terakhir dengan keluarga, ditidurkan, kemudiannya pergi. Seorang demi seorang pergi mengejut.

Kisah Siti Sarah amat menyentuh hati. Seorang ibu yang mengandung tabahkan dan kuatkan diri melahirkan seorang bayi, sebelum pergi buat selamanya. Dijemput oleh Pencipta. Tinggalkan suami, anak-anak kecil juga.

Satu keluarga yang bahagia. Kini kehilangan ibu dan isteri. Sarah seorang yang baik dan penyayang. Takziah Shuib Sepahtu atas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, dan kepada seluruh ahli keluarga juga.

Tabahkan diri menghadapi dugaan ini. Sama-sama kita doakan mereka yang dijemput Allah hari ini, ampunkanlah segala dosa mereka dan tempatkan mereka di kalangan yang beriman. Al-Fatihah. Saya doakan kesembuhan buat semua yang dijangkiti Covid-19 dan segala penyakit. Semoga diberkati dan dilindungi sentiasa.

Ustazah Asma Harun juga turut mendoakan Siti Sarah

DUHAI ALMARHUMAH SITI SARAH. Jua buat semua ibu yang tabah. Walaupun sebahagian kalian telah rebah. Menjadi sebahagian sejarah musibah. Menjadi satu muhasabah buat ummah. Akhirnya taqdir ALLAH mengatasi semuanya.

Dengan seribu hikmah dariNya. Tersingkap di Dunia atau di Akhirat sana. Semoga dirimu dalam rahmat ya Esa. Allahu Akbar. Mari bersama kita mendoakan agar Almarhumah Siti Sarah dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.” Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia.”

Maksudnya: “Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran.”

Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah kbrnya salah satu daripada taman-taman syurga-Mu. Semoga keluarga Allahyarham terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua bersatu kembali di syurga Allah SWT.

Moga dirimu dan semua ummat Islam yang telah kembali kepada Allah adalah dalam kalangan yang Shahid, sebagaimana sabda Nabi SAW : Maksudnya: Seorang muslim yang terbnh dikira sebagai seorang syahid,

pemergian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, pemergian karena sakit perut, mti lemas dan seorang wanita yang pergi menghadap illahi kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid. Hadith Riwayat Ibn Kathir: (5869)

TaqdirNya, pada 7 Februari 2020, awal tahun lepas sebelum covid, kami pernah disatukan dalam satu program Wanita Hari Ini TV3. Walaupun hanya seketika bertemu, Sarah seorang yang menghormati dan rendah diri,

perkara yang paling kerap diulang adalah bagaimana usahanya untuk menjadi isteri yang baik dan taat pada suami, beri yang terbaik buat keluarga suami dan keluarganya, dan usaha menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya.

Ketika berbicara tentang Hijrahnya, Sarah mohon doa agar istiqamah menjadi wanita Muslimah Solehah yang baik. Allahu Akbar, moga Husnul Khatimah Ameen ya Rabbal Alamin. ASMA’ BINTI HARUN. 30 Zulhijjah 1442H. Hari terakhir tahun Hijrah

“Nekad pakai tudung”-Amin Idris

Berita sedih di pagi yang hening… Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali… Innalillah buat Shuib Sepahtu yang telah kehilangan isterinya &Siti Sarah Raisuddin jam 5:13 pagi tadi… Takziah juga kepada semua rakyat Malaysia yang telah kehilangan insan tersayang kerana Covid19…

Buat Sarah, terima kasih kerana persahabatan kita. Saya masih ingat perbualan kita semasa Sarah nekad nak pakai tudung suatu tika dahulu dan juga kita bekerjasama untuk program motivasi. We all gonna miss your laugh, your joy, your smile…

Sarah berada di tempat yang lebih baik

“Saya masih sedang tidur, tiba-tiba isteri saya kejutkan, “Bang, Sarah dah pergi menghadap illahi…” Terkejut dalam keadaan mamai-mamai, saya lihat isteri saya menangis. “Innalillahi wa inna ilaihi raji’un…. Sarah mana, Sayang?” soal saya. Agak blur juga saya.

“Sarah Shuib….” jawab bidadari saya. Allahu… Saya tak follow Sarah atau Shuib di media sosial, tetapi terima kasih kepada Page, portal berita dan kawan-kawan Facebook saya yang selalu update perkembangan mereka.

Dapat tahu jangkitan bermula dengan pembantu rumah mereka, kemudian Sarah yang hamil 8 bulan, Shuib dan 3 anak mereka juga disahkan dijangkiti Covid19 juga. Sarah kemudiannya dikejarkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas,

ditidurkan, menjalani operasi melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan, kekal ditidurkan dan paras oksigen naik turun…. Sehinggalah pagi ini diberitakan pemergiannya. Saya nak kongsi saya baca pelbagai cerita berkaitan Sarah ini, mulai diceritakan oleh orang.

Keluarga bercerita Sarah bantu keluarga sejak kecil/remaja. Sanggup bangun 5 pagi bukakan kedai kemudian ke sekolah. Ustaz Nadir Al Nuri kongsi cerita Sarah beli 1 ekor lembu untuk dikorbankan di Ga2a baru-baru ini.

Dan saya yakin akan ada pelbagai cerita lagi akan diceritakan. Subhanallah beginilah perkara baik dalam kemasyarakatan, hanya benda-benda baik sahaja yang diceritakan apabila mendengar pemergian Sarah. Kekalkanlah sebegini…

Jangan pernah cerita keburukan Sarah secara publik. Tolong ye. Dan salah satu perkara penting juga adalah betapa hakikat kehidupan untuk faham bahawa bagaimana kita bermula itu tidaklah sepenting bagaimana kita berakhir.

Sarah adalah wanita yang telah berhijrah, dan seluruh Malaysia ini menjadi saksi perubahannya ke arah lebih baik. Sarah sekarang dikenali sebagai wanita bertudung yang berusaha jaga auratnya, seorang isteri yang baik, seorang ibu yang baik, seorang usahawan yang baik, pelbagai lagi, tiada orang hebahkan pun kisah-kisah lampaunya.

Subhanallah ini husnulkhotimah… Pengakhiran yang baik… Yang SEMUA orang dambakan. Saat akhir Sarah dijangkiti wabak, sakit, ditidurkan dan pergi menghadap illahi, semuanya dihujani doa-doa baik oleh ramaiiiii orang. Subhanallah, satu pemergian yang dicemburui.

Saya muhasabah diri betapa rahmat Allah adalah luas, pintu taubat senantiasa terbuka luas untuk sesiapa sahaja yang mahu jadi hamba-hambaNya yang berusaha menjadi yang dekat denganNya…. Pendosa, pemkst atau orang yang soleh/ah, semua orang ada peluang pulang kepada Allah dalam keadaan terbaik VERSI SENDIRI.

Sarah berada di tempat yang lebih baik, saya harap Raissuddin sebagai ayah bersama ibu Sarah dan keluarga, dan Shuib sebagai suami bersama anak-anak diberi ketabahan oleh Allah SWT meneruskan hidup dengan redha dan baik. Aameen.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.