Ahli Majlis Tertinggi Gesa Kerajaan Tutup Semula Sekolah Disebabkan Perkara Ini

IBU bapa dan pelajar menyuarakan kebimbangan semasa sesi persekolahan baharu telah bermula ketika penularan pandemik Covid-19 semakin meningkat.

Ibu kepada tiga anak, Linda Malik, 43, mengakui bimbang keselamatan dan kesihatan anaknya yang tinggal di asrama sepanjang sesi persekolahan itu.

“Bagi saya, jika keadaan (penularan Covid-19) terkawal, boleh pergi sekolah. Sukar untuk ke sekolah jika belum reda kerana kami tinggal di Johor Bahru dan anak pula bersekolah di Mersing.

“Kalau sekolah ada SOP yang ketat, saya akan benarkan anak ke sekolah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ditanya mengenai pembelajaran anak perempuannya berusia 17 tahun itu di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Linda berkata, anaknya mengikuti kelas secara dalam talian dan melakukan ulangkaji diberikan guru.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Gesa Kerajaan Tutup Kembali Sekolah Rendah

Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan digesa supaya menutup semula sekolah rendah kerana penularan pandemik Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, murid sekolah rendah khususnya dari darjah satu hingga tiga, majoriti mereka tidak faham tentang apa itu penjarakan sosial.

Murid sekolah rendah kurang faham

“Mereka (murid SK) ini tidak akan buat dan tidak faham penjarakan sosial, tak akan hendak mengharapkan cikgu jaga semua.

“Saya sendiri sempat meninjau di SK Jalan Bahagia, Temerloh dan saya dapati murid-murid khususnya darjah satu hingga darjah tiga.

Mereka tidak faham dan tidak bersedia untuk mula bersekolah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sesi persekolahan murid tahun lima dan enam dibuka semula bermula 15 Julai lalu manakala bagi murid darjah satu hingga empat, sesi persekolahan mereka bermula semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, kerajaan tidak seharusnya bertindak tergesa-gesa dan jangan nanti apabila wujud kluster baharu membabitkan murid SK, baharu mahu bertindak.

Selain SK ditutup semula, beliau juga mencadangkan supaya pelajar dari tingkatan satu hingga tiga turut diarahkan bercuti.

“Hanya pelajar dari tingkatan empat hingga lima yang terlibat dalam sesi persekolahan sehingga kita benar-benar yakin penularan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya dan vaksin ditemui,” katanya.

Ibu dan Bapa yang Tidak Patuh Sebenarnya

Namun, mengikut apa yang kami perhatikan, anak² murid mengikut apa yang diparktikkan.

Mereka patuh pada arahan, namun berbeza di luar pagar sekolah, di mana ibu dan bapa bersesak-sesak tanpa menghiraukan perjarakkan sosial.

“Kesian cikgu sekolah, penat mereja aturkan disiplin anak², aleh² kat luar mak bapak rilek je bersentuhan, berebut ambil anak”

“Ada mak, boleh hantar wakil anaknya yg umur 5 tahun tolong tunggu di luar pagar panggil akaknya balik sekolah”

“Pakcik jual askrim langsung wat tak tahu, anak² berkerumun tanpa menegur mereka langsung”

Ibu Bapa Juga Lahirkan Kebimbangan

Seorang ibu, Suzana Jasruni, 52, pula akur sebab anak lelakinya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu meneruskan sesi persekolahan dalam masa ini.

Menurutnya, mungkin lebih baik dan memudahkan anak kedua daripada tiga beradik itu mengikuti sesi pembelajaran bersama guru di sekolah di mana dapat memberikan tumpuan penuh.

“Apa yang saya risau jangkitan Covid-19 (mungkin berlaku). Sekolah akan ada SOP, cuma pemantauan perlu sentiasa dilakukan ke atas pelajar supaya patuh.

“Biasalah bila sudah lama tak jumpa kawan-kawan, sukar untuk kita pastikan mereka menjaga penjarakan sosial,” katanya.

Sementara itu, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Siti Aisyah Syareena Syamsulhairi, 17, berkata, dia akan mengambil langkah berhati-hati semasa ke sekolah.

Dia mengakui bimbang dengan wabak yang melanda negara ketika ini, namun pada masa sama mengharapkan peperiksaan SPM dapat berjalan lancar dan tidak ditangguhkan lagi.

“Sekarang ini saya mengikuti kelas secara dalam talian setiap hari dan membuat ulangkaji sendiri.

Malah guru pusat tuisyen juga ada buat kelas secara dalam talian.

“Jadi saya tiada masalah daripada segi pembelajaran di rumah. Cuma mungkin ada pelajar lain yang tidak dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) disebabkan tiada kemudahan Internet dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, sekiranya sesi persekolahan perlu diteruskan, penjagaan diri perlu dititik berat iaitu memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman bagi mengelak berlaku jangkitan Covid-19.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM akan membenarkan pelajar kelas peperiksaan tingkatan lima dan enam untuk hadir ke sekolah terlebih dahulu untuk memantau tahap kepatuhan serta keberkesanan SOP yang ditetapkan.

Sumber : Utusan Online