Alhamdulilah, Cuaca turut menagisi ketika pengebumian Sandra

Tuaran: Suasana pilu menyelubungi pengebumian penyanyi yang juga bintang Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan di sini, petang tadi.

Jenazah Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, sebelum itu dibawa dari Hospital Putrajaya jam 10.45 pagi dan tiba di Kota Kinabalu tiga jam kemudian.

Van membawa jenazah tiba jam 3.15 petang di rumah keluarganya disambut penduduk dan disembahyangkan sejurus ibunya, Nor Syakinah tiba dari Kuala Lumpur.

Selesai disembahyangkan, jenazah dibawa ke tanah perkuburan dengan diiringi kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga dan jiran untuk dikebumikan.

Datuk saudara arwah, Mohd Said Mohd Sator, 55, berkata walaupun hujan renyai, arwah selamat dikebumikan jam 5.45 petang.

“Alhamdulillah, walaupun hujan renyai tidak berhenti, urusan pengebumian berjalan lancar dengan bantuan penduduk”.

“Pemergian Sandra amat dirasai namun seluruh keluarga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Sandra yang mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dilaporkan koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Putrajaya sebelum menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.

Terdahulu, Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menjalani latihan penuh Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Astro bermurah hati tanggung kos penghantaran jenazah arwah

KOS penghantaran jenazah peserta Big Stage 2020, Allahyarham Sandra Dianne ke kampung halamannya di Sabah akan dibiayai sepenuhnya oleh stesen televisyen Astro.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, ia adalah usaha pihaknya dalam meringankan beban keluarga Allahyarham.

Tambah Emarina, Astro juga merancang untuk mengadakan majlis tahlil buat Allahyarham dalam masa terdekat.

“Pihak Astro khususnya seluruh warga produksi Big Stage 2020 masih terkejut dan cukup terkesan dengan khabar duka mengenai pemergian Allahyarham Sandra Dianne yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi Jumaat.

“Kami akan membiayai kos penghantaran pulang jenazah ke Sabah dan menghulurkan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban keluarga.

“Kami juga turut mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis tahlil buat arwah dalam masa yang terdekat,” ujarnya kepada mStar.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuriam, 26, meninggal dunia pada pukul 1 pagi, Jumaat selepas enam hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Jenazah Sandra diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 3 petang Jumaat dan akan dikebumikan di Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah.

Dalam pada itu, Emarina berkata, sebagai tanda penghormatan terakhir, tiada Konsert Big Stage 2020 minggu kelima pada Ahad ini seperti kebiasaan, sebaliknya bakal mengadakan sebuah konsert tribute istimewa berjudul #SandraDalamKenangan.

“Pemergian arwah adalah sebuah kehilangan besar buat kami. Oleh itu sebagai tanda penghormatan kami mengambil keputusan untuk tidak mengadakan Konsert Big Stage 2020 pada Ahad ini.

“Namun sebuah konsert tribute bagi mengenang arwah dan penglibatannya dalam industri seni tanah air terutamanya sepanjang Big Stage 2020 berlangsung,” ujarnya.

Sumber Hmetro