Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin. Ujian penilaian kelas KAFA ditangguhkan bagi calon 2020 dan 2021.

UJIAN Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober depan bagi calon 2020 dan 2021, ditangguhkan ke 15 hingga 18 November depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa serta ulasan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan (KPM) dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Isnin.

Menurut Idris, ia bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin selain pusat peperiksaan melakukan persiapan secukupnya.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga optimis dengan usaha kerajaan ketika ini untuk menuju sasaran imuniti kelompok dan dengan itu membuat ketetapan hanya petugas peperiksaan yang mendapat dua dos lengkap vaksin sahaja dibenarkan untuk bertugas di semua pusat peperiksaan.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan UPKK berjalan lancar dan berjaya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Idris berkata, Jakim sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa pandemik Covid-19 di negara ini khususnya aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan serta menyediakan pelan tindakan untuk memastikan UPKK dapat dilaksanakan dan berjalan lancar dengan kerjasama semua agensi.

Beliau turut berkata, pembukaan sesi persekolahan bagi calon peperiksaan UPKK juga dibuat mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan yang memutuskan sesi persekolahan untuk calon peperiksaan bermula pada 3 Oktober ini secara berperingkat mengikut perkembangan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sekolah tetap dibuka 3 Oktober ini . Radzi Jidin tak belajar dari kesilapan lama.

KANGAR: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.Bagaimanapun, jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa Kementerian Pendidikan supaya tidak terburu-buru mengambil keputusan dalam pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka.

Katanya, banyak perkara perlu diperhalusi secara mendalam serta memastikan tarikh baru pembukaan sesi persekolahan perlu tepat dan betul.

“(Keputusan)…sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini tanpa mengambil kira kadar jangkitan Covid-19 masih tinggi.

“Jangan sesekali mengambil risiko yang kita tidak pasti. Tidak perlu terburu-buru sekali lagi. Elakkan kesilapan lama berulang.

“Terlalu banyak perkara perlu diperhalusi secara mendalam kerana rata-rata murid sekolah masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19,” katanya dalam hantaran Facebook pagi ini.

Dia berkata demikian susulan kenyataan Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin semalam bahawa sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.Tarikh itu selepas ia dilanjutkan daripada tarikh sebelum ini 1 Sept.Bagaimanapun, Radzi menjelaskan bahawa sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata bahawa kerajaan perlu menjadikan perlindungan murid-murid sebagai keutamaan.

“Meskipun SOP akan lebih diperketat, tetapi sejauh mana ia benar-benar berkesan dalam melindungi murid, perlu jadi keutamaan.

“Perlu ingat pada 26 April 2021 Kementerian Kesihatan memaklumkan seramai 23,739 pelajar bawah umur 12 tahun telah dijangkiti Covid-19,” katanya.

Dia juga berpendapat bahawa ibu bapa atau penjaga tidak sanggup meletakkan anak mereka pada risiko kesihatan.

“Jika SOP kurang meyakinkan mungkin ramai enggan menghantar anak ke sekolah. Akhirnya kembali mengundang isu pendidikan.

“Situasi yang sangat perlu dielakkan kerana mewujudkan suasana tidak kebersamaan yang akan memangsakan murid sekolah. “Justeru itu haruslah dipastikan keputusan dan langkah seterusnya untuk anak-anak kita bermula Oktober ini adalah tepat dan betul.

“Sekarang kes tinggi, tetapi kita lihat masyarakat telah divaksinkan dan perkara nilai ambang telah diambil kira dalam PPN. Kita gunakan PPN sebagai asas untuk bantu kita tetapkan pendekatan yang ingin kita gunakan apabila ingin buka sekolah kelak,” kata beliau

Radzi berkata demikian dalam sidang media selepas menyertai sesi libat urus bersama pihak pengurusan sekolah, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah negeri Perlis di sini, pada Jumaat. Tambah beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah menjalankan sesi libat urus yang memasuki fasa akhir ketika ini dalam memastikan segala input-input penting dapat dimasukkan dalam Pelan Komprehensif Pembukaan Semula Sekolah.

Sebelum ini, menerusi satu kenyataan, Radzi memaklumkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka yang sepatutnya kembali dibuka 1 September lalu, ditangguhkan ke 3 Oktober.

Jelasnya, pembukaan sesi sekolah itu bagaimanapun akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan.

Katanya, pembukaan sesi persekolahan itu dilewatkan selepas kementerian meneliti situasi perkembangan semasa membabitkan penularan Covid-19 di seluruh negara. 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.