Takziah!! Ujian Berat Buat Zizan Apabila Di Uji Dengan Kehilangan Insan Terc1nta,AlFatihah

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak, 36, kehilangan nenek tercinta, Zainoon Abdullah yang meninggal dunia di Dungun, Terengganu pada jam 11.57 pagi, hari ini.

Menerusi entrinya di Instagram, Zizan meminta doa daripada semua untuk disedekahkan kepada arwah.

“Al-Fatihah buat Zainoon Abdullah yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir jam 11.57 pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang beriman juga dipermudahkan segalanya,” tulisnya.

Awal pagi tadi, pelakon Polis Evo terbabit sempat memuat naik fotonya melawat neneknya di hospital sebelum pulang ke Kuala Lumpur (KL).

“Wan, adik balik KL ya wan. Adik kena balik sebab penggambaran. Nanti, adik balik Dungun lagi jumpa Wan ok. Wan kena kuat sampai sihat. Saya sayang wan,” katanya.

Awal September lalu, Zizan bersama keluarga bergegas balik ke Dungun selepas mendapat tahu neneknya itu jatuh sakit. Keadaan arwah ketika itu masih stabil menurutnya.

Bagaimanapun, dia tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapi neneknya.

sumber: Metro

Terdahulu..
Zizan Razak sebak, tak keruan fikir nenek di Terengganu – “Orang tengok kita pelawak hanya nak bergurau”PELAWAK Zizan Razak enggan memikirkan mengenai soal jodoh dan perkahwinan kerana keutamaannya kini adalah keluarga.

Zizan berkata sebagai anak, fokusnya kini lebih terarah kepada keluarga, lebih-lebih lagi keadaan kesihatan nenek yang kurang baik.

“Buat masa ini saya tak fikir langsung fasal kahwin sebab banyak benda saya nak fokus, jaga emak dan nenek. Nenek saya pun sedang sakit… Kadang-kadang orang tak faham, tapi saya cuba terbaik untuk diri saya.

“Nenek sedang didiagnos kerana disyaki hidap kanser, jadi apabila sebut kanser agak berat untuk kita sebab ianya bukan sakit biasa… sekarang dia sedang tunggu doktor mengesahkan tentang kesihatan dia.

“Hal-hal lain saya okay sahaja tapi apabila membabitkan kesihatan keluarga saya rasa berat. Susah nak cerita mengenai perkara ini dekat orang lain… sebab orang selalu ingat kita pelawak nak bergurau saja kan?” katanya.