Vida cemas 4 kali tak datang bulan. Saya fikir di fasa pra menopause. Datuk Seri Vida minta doakan yang terbaik.

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, 49, akui cemas apabila dirinya tidak datang bulan sejak empat bulan lalu.Kongsinya di Instagram Stories, dia hampir risau simptom terbabit menjadi petanda pra-menopause seperti dialami kebanyakan wanita seusia beliau.

“Empat bulan lepas saya tak period, seusia saya 50-an memang fasa untuk menopause. Saya fikir saya di fasa pra-menopause tapi saya tak pernah putus minum pamoga setiap bulan.

“Alhamdulillah berkat amalkan pamoga, haid saya teratur semula dan normal macam keguguran,” kongsinya.Panjat rasa syukur, Vida lega apabila dirinya juga disahkan subur dan berupaya untuk melahirkan zuriat lagi.
“Alhamdulillah, dalaman saya baik dan boleh melahirkan zuriat lagi. Apa yang saya nak sampaikan adalah usia, cepat, lambat bukan penghalang untuk kita mendapatkan zuriat.

“Nak lebih yakin saya buat check up kesuburan, ambil darah dan sebagainya,” katanya sambil menayangkan video yang dibikin bersama bekas pembantu peribadinya yang turut digosipkan bersama, Iqbal Zulkefli.

“Dalam video berlatarkan lagu Cinta (Melly Goeslaw & Krisdayanti) itu, Vida menyunting beberapa visual bersama Iqbal dengan kapsyen; “Doakan yang terbaik. Iqbal sentiasa bersama sama.”
Sebelum ini tular kenyataan Iqbal memaklumkan Diva telah menjalani ujian kesuburan dan pernah memperkenalkan penyanyi lagu I Am Me itu kepada keluarganya beberapa tahun lalu.

Baru je DSV tampil jelaskan ciri ciri lelaki pilihannya. Kini Iqbal pula tampil dedahkan hampir berkahwin sampai mampu nak beri RM 1 Juta sebulan.

Gosip cinta membabitkan usahawan k0smetik Datuk Seri Vida dengan bek4s pembantu peribadi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli terus menarik minat warganet di laman sosial. Selepas dika1tkan dengan jutawan tersebut, Iqbal, 27, akhirnya tampil menjawab beberapa spekuIasi dan mempers0alkan mengenai kr1teria calon suami yang dinyatakan oleh Vida.“Saya ada baca sy4rat-sy4rat bakal suami yang dia mahu… tapi saya pun keIiru, dia kata mahu lelaki yang sama level dan seusia dia tapi kalau ingat dulu dia pernah kata mahu yang muda, sekarang taste lain pula.

Kalau nak cakap fasal kaya… saya akui saya tidaklah terlalu kaya tapi sekarang ini saya sedang bekerja keras ke arah itu dan kewangan jauh lebih baik daripada dulu. Kalau setakat nak tanggvng dia saya masih mampu, sebulan RM1 juta pun InsyaAllah masih boleh. Sejvjurnya saya pun tak tahu hati dia terhadap saya macam mana, dia seolah-olah tak nak meng4ku perasaan itu. Saya tahu dia nak kahwin tapi tak yakin,” katanya.

Iqbal akui sudah mampu beri n4fkah zah1r dan batin.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Vida memberitahu dia mahu seorang suami yang sama ‘Ievel’ termasuklah memiliki pengalaman, usia dan sumber kewangan yang kvkuh. Ditanya mengenai status hvbungannya dengan usahawan berasal dari Kelantan itu, Iqbal berkata mereka masih berkawan baik, namun mengakui soal hati masih tiada jawapan sehingga kini.

Saya dapat rasakan untuk kami meIangkah ke alam perkahwinan memang tak boleh sebab dia perlu fikir anak-anak dan banyak hati kena jaga.

“Hubungan kami pernah bermasaIah pada tahun 2017, tapi sekarang ni kami baik dan r4pat semula. Setiap hari kami berhvbung melalui panggilan telefon, berb0rak mengenai pekerjaaan dan hal peribadi. Tapi sejauh mana hvbungan istimewa itu saya pun tak tahu, dia tak pernah meng4kui tentang hal itu… sejvjurnya hati saya terhadap dia masih sama. Biarlah saya berterus terang, pada tahun 2018 kami hampir berkahwin, dia pun dah jumpa keluarga saya dan kami pun dah buat uj1an kesvburan, kami berdua okay untuk teruskan ke fasa baharu tapi niat itu tak kesampaian dan saya reda sahaja,” ujarnya.

Iqbal masih ada perasaan terhadap Vida.

Enggan lagi terus meletakkan harapan, Iqbal p4srah jika dia dengan Vida hanya ditakd1rkan sebagai kawan. Ini kerana dia memahami situasi penyanyi lagu I Am Me itu yang perlu menjaga hati banyak pihak jika memilih untuk mengakhiri zaman j4nda. “Saya dapat rasakan untuk kami melangkah ke alam perkahwinan memang tak boleh sebab dia perlu fikir anak-anak dan banyak hati kena jaga. Saya tahu dia tr4uma dengan perkahwinan sebelum ini.

Video :

https://www.instagram.com/reel/CTBYhX8H4oW/?utm_source=ig_embed&ig_rid=251a822e-e5d8-4ddc-b4e8-97c1074e80af

“Saya pun tak mahu pvtus kawan, biarlah kami terus berkawan macam biasa. Kalau kita teruskan ia akan jadi lebih compIicated… sayang itu ada tapi saya sed4r jika saya saja terh3geh-h3geh pun tak akan jadi apa. Saya pun tak nak orang kata saya menvmpang dia. Saya t4kut menunggu tapi hvjung-hvjung tak jadi apa! Kalau ada j0doh, ada la,” katanya.

Sumber : Petua dan Resepi Bonda

Kecoh ada yang kata DSV nak kahwin. Sekali DSV kongsi ciri ciri lelaki yang menjadi pilihannya.

Menjengah usia 50-an, soal jodoh pengasas produk kosmetik, Dato’ Seri Vida masih menjadi perhatian ramai. Walaupun tidak memikirkan perkara tersebut ketika ini, Vida bagaimanapun menjelaskan dia akan memilih calon yang stabil dari segi ekonomi dan berusia sebaya dengannya.

“Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti)”

“Ada ke lelaki yang nak saya”

Menerusi posting terbaru di Instagramnya, Vida turut menjelaskan fokusnya kini hanyalah buat keluarga serta perniagaan yang semakin berkembang. Sempat berseloroh, dengan mempunyai karakter yang ‘brutal’, pastinya sukar untuk dia memikat hati mana-mana jejaka.

“Ada ke lelaki yang nak saya? Tengoklah saya jenis ‘brutal’ gini (begini). Semua buat, takut lari saja nanti. Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa. Anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya. Sebelum ini Vida pernah mendirikan rumah tangga dengan Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014, namun pasangan tersebut disahkan berpisah pada 7 April 2017. Sumber: Harian Metro

Ramai yang tak puas hati dengan kenyataan DSV. Sekali bila nak mintak maaf boleh pulak dia bagi respon macam ni.

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida tidak akan membuat permohonan maaf berhubung video dalam aplikasi TikTok di mana dia dikatakan tidak sensitif dengan isu kibar bendera putih. Vida ketika dihubungi berkata, tiada keperluan untuk dia meminta maaf kerana dia tidak bermaksud untuk menghalang bantuan untuk mereka yang memerlukan.

“Saya nak minta maaf untuk apa? Warganet sebenarnya banyak buat tafsiran sendiri. Banyak komen-komen yang mengkritik saya. Ada yang kata saya kaya tapi riak tak nak tolong orang dan macam-macam lagi. Maksud saya, kita boleh beri bantuan kepada mereka ini. Namun, dalam masa sama mereka kenalah buat sesuatu daripada mengharap bantuan semata-mata,” katanya.

Terdahulu, Vida menjadi buah mulut ramai apabila dikatakan tidak sensitif apabila memuat naik video dalam aplikasi TikTok ketika singgah di gerai milik seorang pemuda di sebuah kawasan perumahan. Dalam video berkenaan, Vida menyifatkan mereka yang mengangkat bendera putih ini kurang berusaha dan malas mencari pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Vida berkata, ada yang memaklumkan bantuan ini hanya bersifat sementara bagi menunggu PKP selesai, namun dia melihat sebaliknya.

“Habis takkan mereka nak duduk saja? Cakap-cakap saya serba tak kena dan orang main hnt4m walaupun saya buat penjelasan sebenar. Pada saya, mereka kena buat kerja seperti mula berniaga walaupun tanpa modal. Jangan hanya mengharapkan bantuan. Ikutkan ada juga orang yang susah tapi dia tak angkat bendera putih. Pandangan saya ialah dari sudut orang berniaga di mana mereka yang diberhentikan kerja pasti ada duit. Mengapa tak ambil sedikit untuk buat modal berniaga?” katanya.

Katanya, perniagaan ini boleh dibuat dari rumah atau membuka gerai di depan rumah. “Itu yang saya maksudkan. Ada juga jenis perniagaan di mana orang boleh buat ‘dropship’ tanpa modal. Tapi, nak cakap apa pun mereka dah tak peduli dan nak juga kritik.

“Fikirkan kalau sekiranya bantuan berupa sumbangan makanan, jadi sewa rumah, bil elektrik dan air siapa nak bayar? Sampai bila nak terus begini? Saya maksudkan, mereka boleh berniaga sampai habis PKP dan selepas itu kembali bekerja seperti biasa,” katanya. Diva mengakui banyak pihak menanti masa untuk menghnt4m dan dia hanya menelan semuanya.

“Sejak tahun lalu lagi saya sebenarnya dah banyak menyumbang tapi bukanlah saya hantar sendiri atau turun padang. Alhamdulillah ribuan juga saya bantu. Tapi dalam keadaan sekarang saya pun dah rasa bosan dan nak turun padang bagi bantuan pada peniaga. Bolehlah saya buat video sikit. Bukan niat saya nak balas dendam kerana nanti warganet kata dah kena kritik nak tunjuk baik pula,” katanya.

Vida berkata, dia mempunyai pengalaman sendiri semasa memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib sebelum ini. “Alhamdulillah, makan dah ada tapi mereka risau pasal sewa rumah pula. Takkan kami nak kena bayarkan pula. Kalau sebulan bolehlah tolong tapi selepas itu macam mana pula. Saya dah pernah berdepan perkara itu dan itulah sebabnya saya keluarkan kenyataan yang dianggap melampau,” katanya. Sumber : hmetro

DSV akui lebih bahagia dengan anak anak daripada orang yang macam ni. Sekali ramai pula yang setuju dengan perkongsian tersebut.

Hampir empat tahun berpisah, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida mengakui kini hidup selesa bersama anak-anak meskipun tanpa kehadiran insan bergelar suami di sisi. Kata Vida lagi, lebih membimbangkan jika bertemu dengan pasangan yang salah terutamanya jika dapat lelaki jenis biawak hidup yang malas bekerja.

“Realiti Zaman sekarang, berkasih sayang bagai nak rak tapi kosong. Nak beli itu ini utk diri sendiri pun tak boleh. Tambah dapat jenis biawak komodo hidup. Kerja malas. Tau nak makan tidur. Betul la kan?Bukan jenis saya laa kalau macam tu. Baik saya bahagia dengan anak anak. Dah cukup,” katanya.

Perkongsian Vida di Instagram itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut bersetuju dengan pendapatanya itu. Kata warganet lagi, jika sudah memiliki semuanya mengapa perlukan lelaki lagi. Dalam pada itu, ramai mendoakan semoga Vida bahagia bersama anak-anaknya dan terus berjaya dalam perniagaan. Terdahulu, perkahwinan ketiga Datuk Vida bersama Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir pada 2017 selepas mendirikan rumah tangga selama 3 tahun. Sumber:Media Hiburan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.