Semua pon perasan vokal Nabila Razali dipentas AJL jadi buah mulut netizen selepas ini yang dipersembahkannya

Hampir tiga bulan berehat daripada menyanyi untuk memberi masa peti suaranya kembali sembuh, Nabila Razaliberkata dia sudah bersedia beraksi di pentas AJL35, Ahad ini.

Nabila berkata bengkak bengkak di tekaknya semakin surut dan vokalnya juga sudah mengalami banyak perubahan berbanding sebelum ini.

“Saya tidak mengambil sebarang tawaran menyanyi, hanya berehat dan menjalankan terapi suara. Alhamdulillah, vokal saya semakin baik. Saya baru sahaja menjalankan pemeriksaan, doktor memberitahu ada perubahan berbanding sebelum ini.

“Bengkak semakin surut. Disebabkan itu, saya bersedia menyanyi di pentas AJL35, Ahad ini. Jika tanya mengenai keyakinan, saya percaya kemampuan diri.

“Tidak menafikan tekanan sentiasa ada, tetapi buat masa sekarang, saya lebih fokus pada diri saya. Paling penting, saya merasakan vokal saya ada perubahan daripada sebelum ini,” katanya kepada BH Online.

Kali pertama beraksi di pentas berprestij itu, Nabila akui berdebar, namun dia akan cuba sebaik mungkin memberikan yang terbaik.

“Gembira dan berdebar, semuanya bercampur baur. Namun, apa yang lebih mendebarkan adalah mempersembahkan lagu Peluang Kedua. AJL pula pertandingan karya, bukannya nyanyian,” katanya.

Menjalani latihan sejak peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-35 (SFMM35) yang lalu, Nabila berkata banyak yang perlu dpelajarinya dan akan terus mengikuti kelas vokal selepas AJL35.

“Saya berlatih tanpa henti. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menghadiri kelas bersama Datuk Syafinaz Selamat.

“Beliau juga mengatakan vokal saya bertambah baik, tetapi sudah tentu ada banyak yang perlu saya belajar. Saya tetap akan menghadiri kelas selepas AJL35 untuk terus memantapkan vokal,” katanya.

Sumber: Roti Kaya

Juara AJL : Peluang Kedua

Persembahan Terbaik : Nabila Razali
Persembahan yang tenang, tak over, feel dia kuat..

Vokal Terbaik : Nabila Razali

.

.

Zaman sekarang Nyanyi jerit2 dah tak relevant…
Nyanyian Nabila Razali sangat tenang tapi syahdu, rilex tapi penuh perasan.. Boleh nampak kat air muka dan mata dia Nyanyian beliau Ikhlas dan penuh penghayatan .. Peluang Kedua yang menjadi… Goodjob legend..

Peluang kedua daripada Nabila Razali.

Penuh penghayatan. You did well! 💪🏻 #AJL35

VIDEO:

Nabila Razali dah boleh nyanyi semula, sedia dendang Peluang Kedua di AJL35

Umum sedia maklum bahawa lagu Peluang Kedua layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 walaupun ketika separuh akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) karya tersebut dinyanyikan oleh Hael Husaini.

Penyanyi asalnya, Nabila Razali yang dinasihatkan doktor untuk tidak membuat sebarang persembahan nyanyian disebabkan masalah peti suara akhirnya terpaksa melupakan hasrat untuk berentap di pentas separuh akhir itu.

Sah! Nabila Razali di AJL35

Namun, persembahan mantap dari Hael dan juga kekuatan lagu itu sendiri mampu membawa Peluang Kedua ke peringkat seterusnya.

Khabar gembira telah diumumkan oleh Hael Husaini apabila memaklumkan bahawa Nabila Razali akan kembali menyampaikan lagu ‘berhantu’ tersebut di pentas AJL35 nanti.

Dalam muat naik di Twitter tersebut, komposer kepada lagu terbabit memberitahu bahawa sudah sahih bahawa Nabila akan bersaing di AJL35 dan sempat memberi semangat kepada penyanyi tersebut.

Semoga berjaya Bella

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata peminatnya berasa gembira dan tidak sabar menanti kemunculan semula Nabila untuk menyanyi di pentas persembahan.

Mereka juga mendoakan agar kesihatan penyanyi tersebut terus berada dalam keadaan baik-baik sahaja memandangkan Anugerah Juara Lagu adalah satu acara yang sangat berprestij.

Sujud syukur dapat tahu Nabila boleh nyanyi

Mana2 nyanyi pun ok

Terdahulu, penyanyi Hael Husaini telah memberi persembahan yang memukau ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua di SFMM35 apabila menggantikan Nabila Razali disebabkan masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

Sumber: Hael Husaini

Finalis AJL35 berlatih dalam PKP | Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kurang sebulan lagi, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 bakal disiarkan secara langsung tanpa penonton dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, pada 14 Mac depan, mulai 9 malam.

Membilang hari, 12 finalis acara pencarian Juara Lagu berprestij itu kembali berlatih dan membuat persiapan, sebaik mendapat pengesahan tarikh baharu AJL35 yang pada mulanya dirancang pada 7 Februari lalu.

Bagi Nabila Razali yang mempertaruhkan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF, dia memanfaatkan masa dengan membuat persiapan bagi memastikan kemunculan sulungnya di pentas AJL, berbaloi.

“Saya teruja tetapi pada masa sama, sedih kerana kali pertama bertanding di pentas AJL, kita diuji COVID-19.

“Namun, ada hikmah di sebalik semua ini. Cuma akan rasa pelik kerana kali ini AJL dianjurkan tanpa penonton dan sorakan mereka… Tetapi rasa gementar pasti ada sebagai finalis,” katanya kepada BH Online.

Nabila banyak berlatih sendiri termasuk bersenam dengan basikal pegun di rumah disebabkan sukar bergerak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain latihan fizikal, saya juga mempersiapkan mental untuk bersaing pada malam kemuncak.

“Penundaan acara ini memberi kelebihan kepada saya untuk memulihkan peti suara, berehat dan mengatur persiapan lebih rapi.

“Pada masa sama, saya bersyukur kerajaan membenarkan golongan seni untuk bekerja dalam studio atau ‘indoor’,” katanya.

Nabila Razali mempertaruhkan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF. - Foto IG Nabila Razali
Nabila Razali mempertaruhkan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF. – Foto IG Nabila Razali

Bagi Luca Sickta yang membawa lagu ciptaannya bersama Kmy Kmo, 7 Nasihat diiringi Shiha Zikir menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza, rasa terkilan bertandang memikirkan ketiadaan audiens pada malam kemuncak itu.

“Terkilan kerana kali pertama naik di pentas AJL, rasa ‘hype’ atau keseronokan membuat persembahan di hadapan penonton tiada.

“Kita tidak dapat hendak melihat reaksi dan serap tenaga daripada penonton. Namun, kami bertiga akan beri 200 peratus pada malam itu kelak,” katanya.

Luca atau nama sebenar, Shameer Ashraf Shahruddin berkata, susunan muzik untuk 7 Nasihat sudah siap manakala corak persembahan belum diperincikan.

“Jika diikutkan, selepas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35, momentum semakin naik.

“Namun, apabila AJL35 tiba-tiba ditunda, mula rasa ‘lemau’. Jadi, sekarang, kami sedang menaikkan semula semangat dan emosi,” katanya yang bakal melancarkan single menampilkan Neraca bersama Datuk Jamal Abdillah pada 19 Februari ini.

Amir Masdi yang juga muka baharu di pentas AJL mengaku diburu ketakutan dan mengamalkan senaman untuk mengekalkan stamina. - Foto TV3
Amir Masdi yang juga muka baharu di pentas AJL mengaku diburu ketakutan dan mengamalkan senaman untuk mengekalkan stamina. – Foto TV3

Penyanyi, Amir Masdi yang juga muka baharu di pentas AJL mengaku diburu ketakutan.

“Sudahlah ini kali pertama beraksi di AJL, kita diuji pula pandemik COVID-19. Rasa takut sebenarnya… Tidak dapat hendak jangka apa yang akan berlaku.

“Namun, saya mesti buat persembahan sehabis baik. Biarpun tanpa penonton dan tenaga tidak datang daripada mereka, saya kena lunaskan tanggungjawab ini sebaik mungkin,” katanya.

Amir mengamalkan senaman, jogging dan diet bagi mengekalkan stamina untuk beraksi di pentas AJL35.