Wanita ini tak sangka dengan wang dari BPN buahkan hasil sehingga sekarang. Ibu tunggal mampu raih RM 2k sehari dengan kerja ini sampai tak menang tangan.

“Kalau tidak dipec4hkan ruyung manakan dapat sagunya.” Itu pep4tah digenggam seorang ibu tunggaI, Siti Hartika Shaari, 32, yang tek4d mengusah4kan perniagaan bar4ngan b4sah dalam talian sejak dua minggu lalu selepas terputus sumber pend4patan susulan pelaksanaan Perint4h Kaw4lan Perger4kan (PKP).

Menggunakan wang RM1,000 hasil B4ntuan Prihatin Nasional (BPN) yang diterimanya pada 10 April lalu sebagai m0dal permulaan, kini wanita cekal itu m4mpu meraih pendap4tan sekitar RM2,000 dalam sehari sehinggakan dia tidak me4ang tangan menyiapkan temp4han. Menceritakan kis4hnya, lbu kepada seorang anak itu sebelum ini bekerja sebagai tuk4ng masak di sebuah kedai makan di Cheng, Melaka sebelum majikannya membuat keputusan memberhentikan pekerja ekoran tidak mampu menanggung kos gaji.

Dia yang tinggal bersama adik saudaranya Kauthar Hikmah Kamirudin, 26, yang juga bekerja sebagai pembantu kedai makan turut hilang punca pendapatan menyebabkan mereka terpaksa menggunakan wang simpanan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Sehinggakan pernah pada fasa pertama PKP lalu, mereka serta anak lelakinya berusia 11 tahun hanya menjamah bubur kosong tidak berlauk rentetan terputus wang belanja.

“Sebelum PKP ini Akak bekerja sebagai tukang masak makanan barat tetapi kerana PKP, kedai pun terjejas dan majikan buat keputusan untuk berhentikan pekerja. Jadi macam menganggurlah, dengan adik pun sama. Masa PKP fasa pertama, fasa kedua kami duduk di rumah. Dari segi pendapatan memang terjejas. Pernah sampai satu tahap itu makan bubur kosong sahaja. Dua hari berturut-turut tanpa apa-apa lauk,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.

Tampil dengan idea ‘barang basah siap siang’ yang pertama di Melaka dengan menyasarkan golongan wanita bekerja sepanjang PKP ini sebagai pelanggan, ibu tunggal itu tidak menyangka usahanya membuahkan hasil dengan tempahan yang memberangsangkan setiap hari.

Jelasnya, pada peringkat permulaan dia hanya menjalankan perusahaan itu berdua bersama adik saudaranya, namun dalam tempoh dua minggu ini dia sudah mempunyai tiga lagi pekerja serta empat orang penghantar pesanan atau ‘runner’ yang membuat penghantaran seluruh Melaka.

Memulakan rutin seawal jam 5 pagi dengan mengambil bekalan barangan basah secara terus daripada pengedar di Pasar Borong, Batu Berendam, mereka akan terus membersihkan barangan basah yang ditempah pelanggan sebelum penghantaran dibuat bermula jam 10 pagi. Dengan upah ‘siang’(membersih) yang sangat berpatutan, pelanggan boleh memilih pakej yang disediakan serendah RM30. Antara barangan yang ditawarkan seperti ikan siakap, ikan merah, ikan kembung, ayam, udang, sotong dan ketam yang telah siap dicuci bersih.

“Masa itu tercetusnya idea, cuma masa itu kekurangan modal, masa tu tidak ada modal sebab ini pun hendak perlukan modal. Kemudian dapat BPN ambil keputusan untuk terus buat, mula-mula kongsi dengan kawan-kawan sahaja. Tempahan pertama cuma lapan set, hari ke hari dia meningkat, semakin meningkat,” katanya lagi.

Sementara itu, Kauthar Hikmah berkata, dia tidak menyangka ‘angan-angan’nya bersama kakak sepupunya untuk memulakan perniagaan sendiri menjadi kenyataan pada musim PKP ini. Jelasnya, selepas melalui detik sukar hilang punca pendapatan susulan PKP, dia bersyukur apabila tekad mereka memulakan perniagaan ini walaupun dalam keadaan kekangan modal, akhirnya membuahkan hasil.

“Maksudnya timbul idea nak buat benda ini kita terfikir nak dapat mana duit kan. Kami cakap sahaja sebab kita macam bercerita ‘eh kak nanti kita buat macam ini’. Nanti kita berniaga, tetapi niat hati belum lagi sebab siapalah kita. Sebab bukan senang, modal dia tinggi apa semua, memang bersyukur sangat (dapat BPN) tidak sangka bila buka, menggalakkan, makin lama makin naik,” katanya. Mengulas lanjut, mereka hanya mengambil tempahan melalui kumpulan Whatsaap dan penghantaran dibuat kepada kira-kira 40 rumah dalam sehari, bergantung kepada tempahan pelanggan. Kredit: w0wberita

Alhamdulillah ini yang ditunggu tunggu oleh rakyat. Terkini Bpr tambahan telah dikreditkan kepada penerima. 

Dalam PEMERKASA Plus yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini, pakej Bantuan Prihatin Rakyat BPR Tambahan telah diperkenalkan. Untuk maklumat BPR Fasa 2 telah dikreditkan kepada penerima pada bulan Jun ini. Mereka yang tidak lulus boleh buat Rayuan BPR sehingga 30 Jun 2021.

Apa itu BPR Tambahan

BPR Tambahan merupakan penambahbaikan BPR 2021 dengan tambahan nilai bantuan. Pakej ini disebut dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +).

Syarat Kelayakan BPR Tambahan

BPR Tambahan ini akan diberikan kepada penerima BPR 2021 yang berkelayakan. Jadi penerima yang telah dapat BPR sebelum ini AUTOMATIK akan dapat bantuan ini tanpa perlu buat permohonan baru.

Nilai Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan

Berikut adalah nilai bantuan yang akan diterima oleh penerima : Pendapatan Isi Rumah bawah RM2500 = BPR Tambahan RM500. Pendapatan Isi Rumah bawah RM5000 = BPR Tambahan RM300. Bujang : BPR Tambahan RM100

Tarikh Bayaran BPR Tambahan

Menurut sumber rasmi LHDN, tarikh pembayaran akan dilakasanakan pada penghujung bulan Jun 2021. Tarikh sebenar bermula pada 22 Jun 2021 secara berperingkat mengikut bank masing-masing. Tarikh rasmi akan diumumkan tidak lama lagi.

Cara Semakan

Anda boleh semak kelayakan anda pada penghujung Jun 2021. Layari portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/. Log masuk & masukkan Nombor Kad Pengenalan anda. Tekan Semak.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dilaksanakan melalui pengkreditan ke akaun bank yang telah didaftarkan atau secara tunai di kaunter BSN. Kerajaan juga ada mengumumkan Bantuan Kanak-kanak JKM untuk golongan B40.

FAQ & Soalan Lazim

Berapakah BPR tambahan untuk orang bujang? Orang bujang yang berkelayakan akan dapat RM100. Bagaimanakah cara permohonan BPR tambahan ini? BPR tambahan tidak perlu buat permohonan baru. Ini kerana mereka yang layak menerima BPR sebelum ini, secara automatik akan dapat bantuan tambahan ini.

Berapakah BPR Tambahan untuk isi rumah? Keluarga yang berkelayakan akan dapat RM300 – RM500 tambahan. Bilakah pembayaran BPR Tambahan? BPR Tambahan akan dilaksanakan pada hujung bulan Jun 2021. Tarikh rasmi akan diumumkan kelak. Sila rujuk website ini untuk maklumat lebih lanjut. Sumber : https://www.portalmalaysia.com/bpr-tambahan/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.