Rita Rudaini tak dapat claim LHDN sebab bekas suami dah claim awal kerana buku sekolah ratusan ringgit

Kini bergelar ibu tunggal dan membesarkan anak tanpa suami di sisi merupakan salah satu cabaran besar yang harus digalas oleh pelakon Rita Rudaini.Rita atau nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar berkata dia bekerja keras bagi memastikan dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna menerima pendidikan terbaik agar menjadi insan berjaya kelak.Rita Rudaini Mokhtar berkata, ada kalanya dia terpaksa membawa anak-anak bersama jika ada urusan kerja yang harus diselesaikan.

“Bila ada meeting terpaksa heret anak-anak sekali dan anak-anak terpaksa kelas secara online di situ juga.

“Nak senang bukan senang, tak ada kerja yang mudah apatah lagi sister (merujuk dirinya) seorang menyara keluarga. Jaga anak-anak… buat macam-macam kerja dalam satu masa.

“Kadang-kadang harap tangan ada banyak macam tangan sotong… kadang-kadang otak rasa kembang macam span basah sebab banyak benda nak kena fikir itu dan ini! yang ada suami atau pembantu… Alhamdulillah ringan beban,” katanya menerusi Instagram.

Perkongsian Rita menarik perhatian pengikut.

Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum ini turut menyeru golongan wanita supaya sentiasa mempersiapkan diri dengan sebarang ujian kehidupan atau perkahwinan.

Katanya, isteri tidak boleh terlalu bergantung harap dan harus belajar hidup berdikari.

Single mom and dad macam sis ni memang survivor tapi nasihat saya untuk wanita di luar sana. Walaupun dalam zon selesa kenalah ambil tahu dan berdikari.

“Kita tak tahu panas itu sampai petang atau tidak, hidup ini jangan rasa nak selesa dan senang saja. Selalulah fikir macam mana bila satu hari nanti aku susah.

“Apabila selalu beringat, automatik kita sentiasa dan selalu ada rasa tanggungjawab dengan diri sendiri dan pada orang lain.

“Ujian tu datang tiada amaran, kalau rasa diri perlu berubah, berubahlah sebelum ditimpa tangga. Jangan tunggu sudah terhantuk baru nak tengadah,” ujarnya.

Terkejut Tengok Bil Sekolah

“Panjangnya bil buku sekolah! Happy depa (mereka) tengok buku sekolah tahun ni. Duit mummy boleh cari, yang penting belajar rajin-rajin.”

“Tak minta balas jasa cuma nak hangpa (anak-anak) senang bila dah besar nanti, boleh bantu orang yang memerlukan.”

“Bila sudah berjaya nanti, mummy tak kerja boleh bela (jaga) mummy pula. Jangan nanti bila dah berjaya ada pula orang tu kata dia punya jasa, orang ni kata dia punya jasa!” katanya lagi.

Rita ada memuat naik satu klip rakaman video menyediakan barangan persekolahan anaknya menerusi laman Instagram pada Sabtu yang lalu. Dalam klip rakaman video berkenaan, Rita menunjukkan buku-buku sekolah yang baru dibeli bersama resit harga barangan tersebut.

Dalam pada itu, Rita turut berpesan kepada dua anak lelakinya itu. supaya belajar bersungguh-sungguh dan melihat sendiri kesusahannya mencari rezeki membesarkan mereka.

“Mummy ni macam nak terberak cari duit… belajar rajin-rajin! Kasihan mummy cari duit. Keluar pagi balik malam, kadang-kadang keluar tak balik-balik cari duit nak bagi Rayyan dengan adik sekolah, ” ujarnya lagi.

Lufya komen, tapi reaksi balas Rita raih perhatian ramai

Sementara itu menerusi ruangan komen, perkongsian Rita tersebut telah meraih perhatian peminat-peminat dan rakan artis yang meninggalkan komen.

Antaranya ialah pelakon, Lufya yang bertanyakan kepada Rita samada beliau membuat ‘claim’ semula terhadap semua perbelanjaan itu dengan kerajaan.

Pengsan tengok bill nyaa sis cuba claim kerajaan tak??” tulis Lufya.

Pertanyaan Lufya telah dibalas oleh Rita. Namun menariknya, Rita memberikan jawapan dengan mengaitkan bekas suami. Ini apabila mengatakan bekas suaminya telah membuat ‘claim’ dengan menggunakan nama anak-anak yang kini dijaga sepenuhnya Rita.

Umum mengetahui Rita berkahwin dengan pemain bola Aidil Zafuan pada 2008. Namun berc3rai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9, yang kini di bawah jagaan Rita.

Respon balas Rita turut meraih perhatian warganet yang turun meninggalkan komen. Rata-rata terkejut dengan respon Rita kerana tidak menyangka dengan tndakan bekas suaminya itu.

Sumber : mstar | RitaRudaini | trendingnetwork

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.