‘Saya Rasa Macam Tiada Seurat Benang Dekat Badan…’ – Zila Bakarin

Sebut sahaja nama Zila Bakarin, pasti ramai sudah terbayangkan kehebatan aktres jelita ini melakonkan watak antagonis sehingga membuatkan ramai yang ‘berdend4m’ dengannya. Bukan itu sahaja, sebelum ini Zila Bakarin juga sering dikaitkan antara aktres wanita yang berpakaian s3ksi.

Tetapi sejak beberapa bulan yang lalu, aktres ini memuatnaik fotonya di Instagram dengan keadaan lengkap bertudung telah mengvndang perhatian ramai.

Sebelum ini, aktres jelita ini mengakui dirinya sudah mengenakan hijab sepenuhnya dan itu adalah keputusan yang dibuat sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Terbaru, menerusi laporan yang dipetik daripada Gempak, aktres jelita ini memaklumkan dia terdetik ingin memakai hijab ketika mahu keluar rumah untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah. Tambahnya lagi, tiba-tiba terdetik satu perasaan seolah-olah dirinya ‘b0gell’.

Semasa nak keluar ambil anak dari sekolah, saya rasa macam tiada seurat benang kat badan sedangkan saya pakai sweater dan jeans.

Tambahnya lagi, saat itu dia terus masuk semula ke dalam rumah dan mengambil selendang sebelum menutup kepalanya.

Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang dan terus pakai.

Dia turut mengakui, selepas mengenakan hijab dia berasa seperti dirinya dilindungi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak via OHBULAN