Yatt Hamzah berdepan detik cemas. Disebabkan ini Yatt Hamzah terpaksa bersalin awal.

Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah berdepan detik cemas dan terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara mengalami kekurangan air ketuban pada rahim. Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik dalam Instagramnya, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memberitahu, mengikut perancangan dia sepatutnya dijadualkan bersalin pada 23 Julai depan.