Zara Zya dikatakan makan duit Ngo sendiri. Sekali ini penjelasan dari Zara Zya tentang salah faham tu.

PELAKON Zara Zya meluahkan rasa kecewa apabila niat baiknya membantu golongan susah dipersoalkan segelintir individu yang mendakwa dia mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Malah lebih teruk, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia dituduh menyalahgunakan dana yang dikumpul menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama lagi saya dan NGO sudah jalankan aktiviti bantuan. First projek saya sediakan PPE. “Saya sedikit kesal dan kecewa apabila niat ikhlas saya untuk membantu ramai dipandang serong.

“Demi Allah saya tak ambil duit tu untuk tujuan peribadi, saya masih waras dan faham halal dan haram… hanya Tuhan saja yang tahu sumbangan tu sampai atau tidak ke tangan penerima, ” ujarnya kepada mStar.

Perkongsian Zara Zya di Instagram miliknya.

Menurut pelakon berusia 36 tahun ini lagi, setiap perkongsian video di media sosial berkaitan bantuan bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, ia bagi memberitahu bantuan tersebut sudah diagihkan secara telus kepada yang layak menerimanya.

“Saya dah cuba buat yang terbaik untuk hulurkan bantuan, korbankan masa dan tenaga, gunakan tulang empat kerat ni untuk turun padang sendiri sampaikan bantuan. “Biarlah saya yang sakit, tapi saya tak sanggup ada orang susah berlapar dan terus bersedih, ” ujarnya.

Tambahnya, penubuhan NGO Malaysia Prihatin adalah bagi mendapatkan dana dan sumbangan diagihkan dengan betul tanpa keraguan. “Malaysia Prihatin yang saya tubuhkan ini tidak perlu diragui. Ia sah dan maklumat tentang kempen dan resit juga disediakan selepas sumbangan dibuat, ” ujarnya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak perlu malu. Zara Zya sampai merayu pada orang ramai supaya mengangkat bendera putih jika anda dalam kesusahan.

KUALA LUMPUR: Terdahulu, Zara zya menjadi tumpuan media dan juga peminat peminat juga. Kita biasa lihat selebriti tanah air kita selalu memuat naik gamba atau video sebagai bagi mempromosikan atau slainnya.

Dengan cara itu, selebriti berkenaan perlu memuat naik video atau foto. Namun, tidak semestinya selebriti itu boleh mengambil review yang bukan-bukan sehingga mendatangkan fitnh ke atas dirinya.

Zara Zya dilihat peminatnya di laman Instagram selepas beliau memuat naik satu foto memengan bendera putih. Walau apa pun, doa yang baik baik sahaja buat Zara Zya ya. Menerusi entri terbaru Zara Zya:

“Demi meneruskan kelangsungan hidup, Naikkan #BenderaPutih di kediaman anda. Tak perlu malu, tak perlu merayu, kibarkan untuk rakyat bantu. Kalau ternampak #BenderaPutih, tolong hulurkan bantuan. Manisnya bila rezeki dapat dikongsi.

“Saya berdiri untuk Solidariti 100% menyokong kempen #BenderaPutih ini, jangan biarkan kesusahan, tangisan, kesedihan berterusan Tolonglah jangan politikkan, ini kempen rakyat untuk rakyat! P/S : Share post ini sebagai tanda sokongan”

Jom lihat apa kata warganet:

Sumber: Ig Zarazya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.metro.rimbabara.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak tahu malu. Zara Zya teruk dikritik oleh warganet gara gara review produk yang tak senonoh.

Kita biasa lihat selebriti tanah air membuat Instagram review atau lebih dikenali sebagai paid review bagi mempromosikan apa-apa produk jualan. Dengan cara itu, selebriti berkenaan perlu memuat naik video atau foto yang telah diberikan oleh mana-mana pengusaha produk.

Namun, tidak semestinya selebriti itu boleh mengambil review yang bukan-bukan sehingga mendatangkan fitnh ke atas dirinya. Terkini, pelakon Zara Zya dilihat telah dikritik oleh peminatnya di laman Instagram selepas beliau memuat naik satu video review produk barangan wanita.

Bukan itu sahaja, aksi yang ditunjukkan di dalam video itu turut mengundang kegusaran hati setiap yang menonton. Disebabkan itu, ramai peminatnya tinggalkan pelbagai respond di ruangan komen posting berkenaan kerana kebayakan pengikut Zara di laman Instagram datang daripada pelbagai usia. Bagi mereka, Zara tidak sepatutnya memilih untuk membuat review produk berkenaan lebih-lebih lagi kini beliau sudah bertudung.

Tapi sebenarnya ramai je selebriti Malaysia yang buat review produk macam tu jugak, maklum lah mereka sudah dibayar dah nak taknak terpaksa lah post juga foto atau video seperti itu. Mungkin Zara tersilap pandang kot, boleh jadi posting itu dimuat naik oleh pembantunya ke?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Zara Zya Kongsi Selawat Asyghil Di Media Sosial Dan Menerima Pujian Ramai. Perkongsiannya Itu Mendapat Komen Positif Dari Warganet.

Pelakon serba boleh, Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin atau lebih dikenali dengan nama komersialnya iaitu Zara Zya baru-baru ini telah berkongsikan satu video beliau menyampaikan selawat Asyghil di laman Instagram miliknya. Nampaknya perkongsian Zara itu menarik perhatian ramai pengikutnya yang mahu dia berkongsikan manfaat Selawat Asyghil berkenaan.

Menurut Zara, Selawat Asyghil ini boleh diamalkan untuk memohon salam atas Nabi SAW, keluarga dan sahabatnya dan sesuai diamalkan ketika sedang susah hati atau dikritik.

Berikut lafadz shalawat Asyghil:Allohumma sholli ‘alaa sayyidinaa Muhammad, Wa asyghilidz dzoolimiin bidz-dzoolimiin, Wa akhrijnaa min baynihim saalimiin, Wa ‘alaa alihi wa shohbihii ajma’in. Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Zara memuji kesedapan suara beliau dan turut mengucapkan terima kasih atas perkongsian yang baik itu.

Sejuk hati bila dengar Zara menyampaikan Selawat Asyghil ni! Terima kasih juga Zara atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini Sumber : Instagram Zara Zya

Pertama Kali Zizi Kirana Menonjolkan Diri Dengan Baca Al Quran Di Kaca TV. Suaranya Buat Ramai Terpesona.

Setiap kali menjelang tahun baru, pasti ramai yang mempunyai azam untuk menjadi insan lebih baik berbanding sebelum ini. Ini termasuk penyanyi, Zizi Kirana juga mula mengubah penampilan lebih sopan dan memadam foto yang agak keterl4luan di laman media sosial miliknya.

Terbaru, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil memuat naik satu video di aplikasi Tiktok yang memaparkan dirinya sedang membaca kitab suci al-Quran dengan lancar.

Menerusi video tersebut, penyanyi berusia 35 tahun itu tidak kekok bertaranum di atas pentas meskipun sedikit gementar kerana itu merupakan pertama kali dia tampil mengaji di kaca televisyen. “Pertama kali tampil mengaji di kaca televisyen, mahu tercabut lutut. InsyaAllah saya akan terus belajar lagi,” corentnya di kapsyen.

Manis mengenakan jubah dan selendang labuh, penyanyi lagu Eh itu bakal muncul menerusi sebuah program Rahsia Ramadhan yang akan ditayangkan pada bulan puasa nanti. Kelunakan suara yang bercampur ‘serak-serak basah’ membuatkan posting berkenaan dihujani komen warganet yang memuji kemerduan suara Zizi

Alhamdulillah sedapnya suara Zizi. Semoga apa yang dihajati dan dipilih oleh Zizi dipermudahkan segala urusannya. Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH. Sumber: Tiktok Zizi Kirana

Zizi Kirana Berang Apabila Ada Warganet Yang Cuba Kata Sebegini Padanya. Lalu Ini Komen Dia Pada Warganet.

Zizi Kirana menegur warganet yang meninggalkan komen tidak beradab. Tindakan segelintir warganet menulis komen melampau dan tidak beradab di laman sosial ketika mengulas sesuatu isu sensitif di media sosial menimbulkan rasa kurang senang penyanyi Zizi Kirana.

Zizi berkata segelintir mereka tergamak meninggalkan komen sedemikian tanpa mempedulikan perasaan orang lain terutama individu yang terpalit dalam kontroversi berkenaan. Justeru itu, penyanyi lagu Eh ini menegur sikap segelintir mereka yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan menghukum seseorang tanpa belas ihsan.

“Nak tegur sikit… saya lihat semakin hari semakin ramai yang gemar bagi kritikan dan pandangan tentang kehidupan orang lain di sosial media. Apa sahaja isu, pasti ada yang akan bagi kritikan dan menjadi hakim! Kalau membina tak apa… tapi kebanyakannya bila baca komen mereka rasa seram pun ada! Mereka ini seolah-olah macam tak pernah diajar apa itu adab. Sebenarnya komen mereka lebih kepada kurang ajar, agaknya dah bosan sangat ke hidup ini sampai banyak masa nak jaga hidup orang lain?” katanya kepada mStar.

Tiada manusia yang sempurna dan lebih baik kalau kita doakan yang baik-baik sesama manusia kerana itu lebih bermakna

Sebelum itu, penyanyi berusia 35 tahun ini berkongsi luahan rasa kecewanya itu menerusi Instastory pada Rabu. Selepas 10 tahun bergelar anak seni, penyanyi berasal dari Sabah ini berkata dia sudah lali dan kalis daripada sebarang kritikan dari warganet. Dalam masa sama dia turut meminta orang ramai menjaga tutur kata dan tidak melemparkan kata-kata kebencian di media sosial.

“Sepanjang jadi penyanyi, saya dah lali dengan apa pun kata warganet, biarlah mereka nak tulis apa pun… memang warganet macam itu! Tapi kita kena sedar tiada manusia yang sempurna dan lebih baik kalau kita doakan yang baik-baik sesama manusia kerana itu lebih bermakna,” ujarnya.

Pada Oktober lalu, Zizi Kirana mengambil keputusan untuk tidak membuka laman sosial selama lima hari kerana rimas dengan pelbagai isu negara yang menjadi perbualan hangat warganet. Zizi mengakui dia tertekan dengan pelbagai topik yang menjadi perbalahan segelintir masyarakat antaranya isu berkaitan penularan Covid-19 dan hal membabitkan politik negara.

Zizi Kirana Dikritik Teruk Selepas Memuat Naik Sesuatu Di Laman Sosial Facebooknya. Kesal Dengan Perbuatan Warganet Dan Ini Tegurannya Kepada Mereka.

Penyanyi Zizi Kirana teruja menantikan pelancaran projek kolaboratif pertamanya bersama kumpulan nasyid Unic, berjudul  Purnama yang dihasilkan bersempena sambutan Maulidur Rasul dan bakal dilancarkan hari ini. Bagaimanapun, dalam keterujaan itu, Zizi meluahkan rasa kesal dengan tindakan salah seorang individu yang tinggalkan komen bivdap pada hantaran terbaharunya berkenaan projek terbabit yang dimuat naik di laman Facebook miliknya semalam.

Pelantun lagu Eh itu pantas bertindak untuk menegur individu terbabit dan meminta agar menjaga kata-kata yang ditulis di hantaran tersebut. “Please! Untuk kali ini, jaga komen di hantaran yang baru saya muat naik di Instagram dan Facebook saya. “Kalau tak suka Zizi Kirana, komenlah di gambar lain, tapi bukan di hantaran baharu ini. “Tolong respect! Kat situ ada nama Ustaz Fakrul dan Ustaz Bazli. Tolong ya..,” tulis Zizi di Instagram Story.

Mengulas tentang kolaboratif terbabit, kata Zizi, ia merupakan salah satu daripada impiannya yang menjadi kenyataan apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan Unic, kumpulan nasyid yang begitu diminati sejak dulu. Selain itu, Zizi juga baru sahaja muncul dengan single terbaharunya, Tentu yang dilancarkan pada 21 Oktober lalu dan kini sedang mendapat sambutan hangat.

(SUMBER: Facebook & Instagram Zizi Kirana)