Zul Ariffin luah sesuatu bersama peminat sampaikan sebak dan menangis. Rupanya ini yang dia alami sampaikan boleh mengalir air mata di live Instagram.

Pandemik sememangnya memberi impak besar dan pelakon Zul Ariffin antara selebriti tanah air yang tidak terlepas daripada melalui fasa kemrvngan sehingga menyebabkan emosi dan fikirannya terganggu. Perkara tersebut dikongsi pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu menerusi satu siaran langsung Instagram malam tadi. Menerusi video tersebut, Zul turut menitiskan air mata ketika bercerita tentang kehidupan serta perasaannya kepada pengikut Instagramnya.

“Saya tahu ini sukar tetapi perlu teruskan juga hidup ini, Insya-Allah. Pada akhirnya, destinasi kita semua satu sahaja (akhirat). Kita perlu lakukan yang terbaik ketika ini dan perbaiki semua perkara yang tidak bagus setiap hari,” kata pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin, 34, itu.

Perkongsian :

https://www.instagram.com/p/CS9pjwshsXa/?utm_source=ig_web_copy_link

Tambahnya, dia juga menitipkan nasihat kepada pengikut Instagramnya agar jangan pernah berhenti berdoa memohon pertolongan daripada yang Maha Esa. “Semoga Allah permudahkan urusan kita semua pada dunia dan akhirat. Kuatkan iman dan kesabaran kita. Jangan cakap kita hanya mampu berdoa. Sebenarnya doa ialah antara salah satu cara yang paling terbaik. Kuasa doa itu sangat hebat,” ujarnya. Berkongsi lanjut, Zul memberitahu dia juga berusaha untuk tidak berkongsi terlalu banyak masalah dalam media sosial.

“Saya latih diri untuk tidak berkongsi terlalu banyak perkara terutama masalah peribadi dalam media sosial. Ini kerana saya bukan jenis yang suka menagih perhatian disebabkan hal-hal sebegitu. Kadang-kadang dedahkan banyak perkara ada juga keburukan dan kebaikan. Kalau boleh tak mahu buat orang cipta topik untuk orang bercakap tentang diri kita. Saya tak mahu menjadi pembekal cerita-cerita sebegitu kepada umum,” katanya lagi.

Tidak melupakan sokongan peminatnya, Zul menitipkan kata-kata penghargaan kepada semua individu yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang 13 tahun bergelar anak seni. “Alhamdulillah peminat tidak pernah berhenti menyokong saya sejak hari pertama, terima kasih,” tuturnya dalam nada sebak.

Sementara itu, dalam Twitter, beberapa peminatnya turut mendoakan agar aktor kegemaran ramai itu terus kuat dalam menghadapi sebarang dugaan hidup. Selain daripada doa, seorang peminat wanitanya turut berkongsi pengisian InstaLive Zul malam tadi mengenai hasrat Zul sekiranya mendirikan rumah tangga satu hari nanti. “Kalau saya berkahwin, perkara yang ingin dilakukan ialah solat bersama dan memegang tangan isteri. Itu yang hendak dilakukan sebelum saya pergi buat selamanya,” ciapnya ringkas. Sumber – K! ONLINE

Baru sahaja berkongsikan rakaman video yang agak mesra. Sekali ini pula permintaan peminat pada Ruhainies dan Zul Ariffin.

Sejak kebelakangan ini perkongsian pelakon Ruhainies menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan momen mesranya bersama pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin. Difahamkan, kedua mereka bergandingan menerusi drama bersiri terbaru berjudul Wife Sebelah Rumah. Dalam satu entri, Ruhainies berkata ia merupakan projek paling best dan seronok baginya.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CQnum5Zj0i6/?utm_source=ig_embed&ig_rid=772b49f4-4bf2-45ac-8360-100f96d3da2c

“Salah satu projek paling best untuk saya. Kami seronok menjalani penggambaran untuk drama bersiri ini. Ia mengambil masa tiga minggu untuk habiskan 16 episod,” tulisnya. Ruhainies berkata sangat senang bekerja dengan Zul serta mendedahkan akt0r itu sebenarnya seorang yang kel4kar dan suka meng4cau orang. Zul Ariffin adalah salah seorang gandingan yang best. Senang sangat bekerja dengan dia. I selesa sangat working with him. Dia sebenarnya kelakar, pemalu to be honest walapun hobi dia suka kac4u orang,” tulisnya. Melihatkan keserasian mereka, rata-rata peminat mendoakan agar Ruhainies dan Zul bertemu jodoh. Malah, ada yang bersetuju bahawa mereka pasangan yang serasi. Sumber : Lawak Malaysia

Bukan senang nak tengok seorang duda yang macam ni. Peminat puji sikap Sharnaaz Ahmad.

Comel! Siapa sahaja tidak jatuh hati jika melihat gelagat si kecil menari-nari bersama sang ayah, bagaikan sesuatu yang mustahil untuk disaksikan kerana selalu yang biasa kita lihat adalah apabila seorang bapa lebih mesra untuk melayan aktiviti sedemikian jika bersama anak perempuannya.

Malah apa yang lebih menarik lagi, status “duda popular” yang diberi  tidak sesekali membuatkan aktor ini kekok untuk menjaga anak tunggalnya, Sharnaaz Ahmad tetap berpegang pada pendiriannya untuk sentiasa mencari ruang untuk melakukan aktiviti bersama cahaya matanya.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Sharnaaz berkongsi video menari bersama anak lelakinya, Jebat Jayden yang terlihat begitu gembira sekali, gelagat seorang bapa yang sempoi tentu sekali dapat mengeratkan ikatan kemesraan dalam sebuah perhubungan.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CQqnXL_hBpo/?utm_source=ig_embed&ig_rid=ab96b2da-baf0-4804-abad-2f8dcb0e1b5e

Mengetahui bahawa Sharnaaz ini mungkin mempunyai sisi wajah yang bengis apatah lagi kerana sering memainkan watak yang ganas mahupun s4mseng dalam bidang lakonan namun sifat penyayangnya juga sudah tentu dapat membuatkan ramai orang cair tatkala melihat selebriti ini bersama anaknya. Hal yang demikian membuktikan keakraban selebriti ini dengan anaknya sememangnya tidak dapat dinafikan malah mengetahui bahawa berapa ramai bekas suami dalam dunia ini yang masih mahu mengambil peduli perihal keperluan anak selepas berpisah dengan bekas isteri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap tanggungjawab selebriti ini sebagai seorang bapa meskipun terpaksa mengakhiri status rumah tangganya dengan perpisahan pada 9 Julai 2020. Jika ditanya kepada mana-mana lelaki, tiada jejaka yang berharap untuk menjadi duda apatah tika di usia yang masih muda.

Malah tidak ada celanya untuk bergelar duda, tetapi tidak semua mampu untuk menggalas tanggungjawab selepas memegang status berkenaan apatah lagi jika mempunyai zuriat yang harus dijaga.

Mengetahui bahawa tiada definisi khusus untuk mengasuh anak-anak kecil secara semula jadi, tetapi pada dasarnya ia merujuk kepada gaya hidup yang dipamerkan oleh ibu bapa bersama anak-anak dengan memberi sepenuh perhatian dan nilai kasih sayang yang mencukupi. Malah untuk mencapai matlamat pembelajaran dan membesar bersama melalui tanggungjawab sebagai bapa yang bergelar duda, melakukan pelbagai hal bersama adalah sangat penting untuk mengeratkan lagi sesuatu hubungan.

Dengan melakukan aktiviti menyeronokkan, ia bukan sahaja memberi detik indah yang positif, tetapi dapat mengeratkan ikatan kemesraan, malah meluangkan masa berkualiti bersama juga memberi peluang kepada seorang bapa dan anak lebih menghargai waktu terluang dan berinteraksi.

Alahai comel je kan “anak bapak ni” berjoget, jarang sebenarnya nak tengok Sharnaaz ni menari-nari. Apa-apa pun, semoga ikatan kemesraan yang terjalin ini sentiasa berkekalan selalu ya. Sumber : klmetro.pw & Fiona

Hubungan cinta Sharnaaz dan Azira Shafinaz makin hangat diperkatakan. Sekali Shukri tampil dedahkan sesuatu soal hubungan mereka.

Shukri tidak pasti sejauh mana hubungan Sharnaaz dengan Azira. GELAGAT pelakon Shukri Yahaya dengan Sharnaaz Ahmad setiap kali mereka berbual dan bergurau ketika sesi Instagram Live (IG Live) sering menarik perhatian warganet. Malah, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya dilihat gemar menyakat rakan baiknya itu yang kini digosipkan bercinta dengan aktres dan penyanyi Azira Shafinaz.

Biarpun rapat dengan Sharnaaz, namun Shukri berkata dia tidak mengetahui sejauh mana hubungan mereka berdua namun mendedahkan aktor tersebut dan Azira masih dalam fasa mengenali satu sama lain.

Shukri suka menyakat Sharnaaz dan Azira ketika IG Live.

“Memang saya dengan Sharnaaz selalu juga buat IG Live bersama. Kalau dia tengah IG Live, saya akan join sekali… sebab saya suka kacau dia. Kami memang rapat juga tapi sejauh mana hubungan Sharnaaz dengan Azira, itu saya tak pasti sangat. Tapi saya rasa mereka masih berkawan. Mungkin masih di fasa mengenali satu sama lain… belum ada lagi kata putus yang mengatakan mereka ini pasangan kekasih,” kata Shukri kepada mStar. Sebelum ini beberapa video IG Live Shukri dan Sharnaaz mendapat perhatian ramai apabila Azira turut menyertai mereka.

Belum ada kata putus yang mengatakan mereka (Sharnaaz dan Azira) ini pasangan kekasih.

Sharnaaz dan Azira dikaitkan mempunyai hubungan istimewa selepas aktor itu memuat naik foto mereka bersama dan kerap berbalas komen di Instagram. Dalam pada itu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga berkongsi mengenai aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini. Mengakui berasa paranoid melihat kes Covid-19 yang semakin meningkat, Shukri mengambill langkah lebih berjaga-jaga demi keselamatan orang tersayang.

Shukri bersama isteri dan dua orang anak mereka.

“Macam biasa la, sepanjang tempoh PKP ini tak ada penggambaran. Jadi saya luangkan masa bersama keluarga. Selain itu saya tetap dengan hobi saya membuat leather, main games dan melukis kadang-kadang. Melihat kes setiap hari meningkat ini, memang buat saya jadi paranoid juga la. Nak keluar pun takut, sebab kita dekat rumah ada anak-anak kecil. Saya memang sangat berjaga-jaga. Saya berharap sangat dan berdoa supaya saya tak leka dengan keadaan sekeliling… SOP sangat penting, kalau tak ada benda penting, saya memang tak keluar. Demi menjaga orang tersayang,” ujarnya.

Untuk rekod, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aira Ameena, 5 dan Maleeq Miqayl yang kini berusia 11 bulan.

Wajah Azira Shafinaz ada bayangan macam bekas isteri. Azira muat naik foto di laman ig sekali peminat teruja tunggu Sharnaaz Ahmad beri komen emoji hati.

Tidak salah jika seseorang itu ingin menyemai semula putik-putik cinta meskipun mencari pengganti untuk mengubati hati itu bukan mudah. Biarpun, cinta dikatakan memang indah dan wangi untuk disulam, namun ia belum tentu menjanjikan kebahagiaan, hal yang demikian kerana tidak semua kisah percintaan nan indah berakhir di jinjang pelamin.

Ada yang bertahun-tahun menyulam cinta, namun tidak tertulis dia jodohnya kasih tetap terlerai juga. Apa yang pasti, mendoakan seseorang untuk disatukan jodoh itu satu usaha yang baik buat pasangan yang sedang hangat bercinta.

Memuat naik gambar di laman Instagram,  penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz dihujani komen-komen nakal berhubung aktor tampan kelahiran Pulau Pinang itu. Menjengah ke ruangan komen,

rata-rata peminat begitu teruja menantikan kehadiran “mesej cinta” daripada Sharnaaz Ahmad atau lebih mesra disapa Mamu setelah berkali-kali mempamerkan perhubungan mesra di antara mereka dikhalayak umum.

Terdahulu Sharnaaz  ada tinggalkan emoji kiss dalam satu hantaran foto Azira di laman Instagram. Reaksi Sharnaaz dikatakan terus memberi bayangan tentang hubungan istimewanya dengan selebriti jelita Azira ini.

Gara-gara mereka ini pernah digandingkan bersama dalam sebuah drama dan dilihat secocok, ramai yang beranggapan bahawa Azira ini mampu menjadi pengganti suri hati buat Sharnaaz setelah berpisah dengan bekas isteri, Noor Nabila iaitu kakak kepada selebriti terkenal.

Meskipun, Azira acap kali diusik oleh Sharnaaz ketika bersama  secara langsung menerusi Live Instagram, dia hanya tersenyum dan tidak mempamerkan reaksi yang berlebihan sehingga dikatakan mengundang kontroversi.

Menurut sumber sebuah laporan berita, Azira sememangnya mengakui bahawa dia berkawan baik dengan semua rakan selebriti termasuk Sharnaaz. “Ramai yang salah tafsir. Seperti kita ketahui, keletah Sharnaaz tidak boleh diduga. Sharnaaz suka bergurau dan mengacau orang. Itu sememangnya karakter Sharnaaz” Wah sweet betul diorang ni, tak apalah kita doa yang baik-baik sahaja. Mana tahu doa-doa peminat buat Azira ini mustajab kan?

Sumber:Instagram Azira Shafinaz

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Akhirnya Sharnaaz Ahmad Tampil Bersuara Luahkan Sesuatu Lepas Tular Tentang Khabar Angin Noor Nabila Dan Engku Emran Akan Nikah. Dalam Diam Rupanya Sampai Macam Ni Luahan Sharnaz Ahmad.