Zul Yahya Tinggalkan Satu Pesanan Buat Netizen Fikir Dua Kali

Pelakon yang kini bergelar pendakwah bebas, Zul Yahya dikecam oleh ramai netizen berikutan berkongsi pandangannya mengenai jumlah kes COVID-19 yang diramal oleh pakar kesihatan mampu mencapai 24 ribu sehari pada September kelak.

Kes 24 Ribu Sehari Boleh Dijangka 

Menerusi laman Instagram nya, Zul atau nama sebenarnya Zulkiffili bin Yahaya,48 berkata angka tersebut seperti boleh dijangka akan bertambah kerana menyifatkannya seperti sudah dirancang.

“hai! Saya datang dari masa depan nak bagi tahu pertengahan bulan 9 dan bulan 10 angka kes akan bertambah menjadi 24 ribu sebab dah banyak yang order tau.macam sama sahaja watak dalam komik 2014 itu. Tengokkan saja” tulisnya

 

Susulan itu, pelbagai pandangan telah diberikan oleh netizen yang mengikuti status tersebut termasuklah mengecam kenyataannya. Malah, seorang netizen telah mendedahkan bahawa wabak COVID-19 sememangnya adalah benar kerana ibu dan adiknya telah dijangkiti wabak berkenaan.

Komen Zul Tidak Sensitif 

Bagaimanapun, balas Zul dia mempersoalkan lokasi kematian penyakit COVID-19 dengan beranggapan bahawa mereka yang disahkan positif masih bernyawa sebelum mendapatkan rawatan di hospital. Namun, ketika mendapatkan rawatan, mereka ini telah pun disahkan meninggal dunia.

“Mati kat mana ye? Dekat rumah ke hospital? Pergi hospital masih bernyawa, duduk hospital hilang nyawa” komen Zul

Dalam pada itu di laman Twitter, tular tangkap layar mengenai komen Zul tersebut yang dilihat kurang sensitif.

Malah ada diantaranya menyifatkan kenyataan pelakon itu seperti tidak bijak dan berharap agar orang ramai tidak terpengaruh dengan status yang dimuatnaiknya.

Sumber : murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: